Friday, 18 September 2015

EDU 3093

    Transformasi dalam bidang pendidikan menunjukkan bahawa profesion keguruan sedang menghadapi pelbagai cabaran. Untuk menjadi seorang guru yang profesional, kreatif dan kritis dalam menyelesaikan sebarang yang dihadapi, setiap guru perlu melengkapkan diri dan sentiasa terbuka untuk berkongsi idea dan mencari maklumat yang releven dengan perkembangan semasa.
Berdasarkan teks ucapan YAB TPM Sempena Majlis Perutusan Tahun Baharu 2015, Kementerian Pelajaran Malaysia, kenalpasti isu dan cabaran yang dihadapai oleh guru pada masa kini serta berikan cadangan yang releven untuk menyelesaikan cabaran itu.



Pengenalan
Ramai berpendapat secara umumnya kerjaya sebagai seorang guru merupakan suatu pekerjaan yang murni. Tambahan pula dikatakan guru mempunyai cuti yang banyak. Ada juga yang mengatakan menjadi seorang guru adalah sangat senang dan memperoleh pendapatan tinggi dan tetap. Tidak kurang juga yang menyatakan menjadi seorang guru merupakan ‘jalan mati’ setelah profesion lain tidak menjanjikan ruang dan peluang yang baik. Pelbagai tanggapan yang boleh disimpulkan dalam kalangan masyarakat umum tentang profesion guru.

Namun sebenarnya, profesion guru bukan sahaja suatu pekerjaan yang murni dan baik malah menjadi seorang guru bermakna kita perlu menggalas suatu tugas dan cabaran yang hebat bagi mendidik, membimbing dan menunjuk ajar dalam proses membentuk seorang manusia untuk menjadi modal insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara . Dalam mengharungi proses dan sistem pendidikan tersebut khususnya di Negara kita seorang guru sering menghadapi pelbagai cabaran dalam melaksanakan konteks tugasannya di bilik darjah dan sekolah.

Kita sebagai warga guru, sepatutnya amat bersyukur kerana mendapat seorang menteri iaitu YAB Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin yang amat memahami dan sentiasa berusaha menjaga kebajikan kita sebagai guru dalam usaha kita menhasilkan sumber tenaga manusia pada masa depan. Dalam ucapannya, beliau banyak memperkatakan tentang keujudan guru seiring dengan peredaran masa yang cepat berlalu. Beliau juga turut melihat kemampuan dan kekuatan guru dalam menghadapi cabaran dunia hari di bawah nama Malaysia.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2007 : 232) cabaran didefinisikan sebagai hasil mencabar (mempersoalkan, mempertikaikan, ajakan (untuk berlawan dan sebagainya), sesuatu (unsur, faktor dan sebagainya) yang mencabar (menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi dan lain-lain), pekerjaan yang penuh dengan cabaran. Oleh itu, secara lateralnya cabaran membawa maksud sesuatu hal atau perkara yang menguji kemampuan serta ketabahan seseorang yang ada kaitannya dengan sesebuah organisasi. Dalam konteks perguruan, profesion menjadi seorang guru perlu menyahut cabaran untuk melihat keupayaan seorang guru dalam melaksanakan tugasannya bukan sahaja dalam biik darjah namun di sekolah secara amnya. Berdasarkan teks ucapan YAB Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin, beliau menekankan isu paling baru diperkatakan , berita sedih yang melanda negara , iaitu banjir besar .

Pada 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, samaada diajadikan Pusat Pemindahan Sementara atau ditengelami air. Apabila melibatkan sekolah pastinya guru turut menerima cabarannya. Ketika banjir melanda, tiada tangan manusia yang dapat menghalangnya. Kuasa Allah. Bencana memberikan pengajarannya. Sesuatu yang tersirat ingin disampaikan Yang Maha Esa kepada kita, umat Nya.

Dalam banjir berkenaan, kerosakan, kemusnahan, dan kerugian melibatkan sesiapa sahaja dalam laluannya. Fasiliti, bangunan, buku-buku, padang, kerusi, meja, segala apa yang telah dibuat oleh guru dan sekolah turut musnah. Kerugian dianggarkan berjuta-juta ringgit. Setelah banjir pulih, kita turut mengambil masa pula untuk membersihkan sisa sisa banjir, lumpur tebal yang melekat, bahan limpahan sungai, kayu mati, tinggalan bangunan yang runtuh, kelas yang musnah, pastinya akan melelahkan dan luluh airmata memandangnya. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Demikianlah halnya, kami para guru yang tidak ditimpa musibah ini, memandang dari kejauhan, melihat menerusi TV dan radio, menerima kiriman mesej, bagaikan merasai dugaan itu.

Sekolah ibarat rumah kedua kita, apabila sekolah musnah , sudah pastinya, sangat terkesan rasa sedih dijiwa. Itu baru sekolah, bagaimana halnya dengan rumah sendiri yang turut musnah dalam bencana alam ini. Habis harta benda, pakaian, alat elektrik, kenderaan, makanan, buku-buku ilmiah, hanya tinggal kesan. Semuanya melibatkan wang ringgit untuk diganti yang baru. Nasib baik wang boleh dicari, bagaimana pula dengan nyawa? Bencana sebegini adakalanya turut melibatkan kehilangan nyawa. Ada guru kita meninggal dunia dalam banjir itu. Bagaimana dengan anak-anak mereka, siapa yang akan menjaganya?

Dalam bencana banjir juga, saya melihat bantuan yang diberikan oleh rakyat Malaysia sentiasa ada. Bantuan pakaian, makanan, minuman, selimut, dan sebagainya, tanpa rakyat Malaysia yang prihatin dan berkesedaran tinggi untuk membantu. Ada juga kumpulan kerajaan, NGO, orang perseorangan yang turut sama mengembeling tenaga dan wang ringgit, turun padang ke lokasi terjejas banjir, bagi membantu membersihkan kawasan sekolah, warga emas, asrama, jalanraya dan sebagainya.

Pada pandangan saya, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Ada sesuatu yang ingin disampaikan sebagai peringatan kepada kita. Sama-samalah kita mengenang kembali dan menginsafi keadaan ini.
Nampaknya kita perlu berubah kepada yang lebih baik. Membina sesuatu yang baru dan lebih berkesan. Penempatan sekolah perlu difikirkan semula dari aspek keselamatan bencana alam. Bagaimana langkah pencegahan berfungsi? Bahan-bahan penting perlu diletakkan ditempat tinggi sebagai langkah berjaga-jaga. Dokumen murid dan dokumen sekolah perlu dikenalpasti lokasi yang selamat dan ditempat tinggi. Jangan hanya memikirkan faktor kesusahan untuk berulangalik ke tempat tinggi pada masa sekarang. Fikirkan juga dalam pelbagai situasi kecemasan itu sendiri. Guru ditempat saya, tidak mahu menggunakan bangunan tinggi kerana menjadikan alasan penat , masa dan sebagainya. Alasan ini perlu ditukar demi kepentingan keselamatan dan ia perlu bermula daripada sekarang. Sekolah dengan bangunan lama, kerusi meja yang lama, lokasi yang lama, ditepi sungai atau ditempat rendah, perlulah difikirkan semula penempatannya. Kalau sudah setiap kali musim banjir, maka tenggelamlah sekolah itu, maka KPM perlu memikirkan lokasi yang baru . Ini lebih baik dari asyik membayar baik pulih setiap tahun.

Bagi kawasan banjir, ditepi sungai, ianya perlulah ditambak untuk faktor keselamatan penduduk kawasan berkenaan, sekiranya ada penempatan dan kebanjiran berulang saban tahun, Pihak Berkuasa Tempatan, sepatutnya memikirkan penempatan baru yang lebih selamat dan kondusif untuk perkembangan sihat penduduk setempat. Semua badan kerajaan dan NGO perlu sama-sama seiring membantu dalam hal ini. Kerjasama penduduk juga perlu bagi melancarkan usaha kerajaan ke arah ini. Tidak perlulah bersikap tidak matang semata-mata kerana anti atau pro kerajaan . Marilah kita bergandingbahu untuk kebaikan bersama tanpa menyentuh isu politik yang tidak akan menguntungkan sesiapa dalam keadaan darurat .

Bencana yang berlaku, marilah kita melihat kepada punca-punca penyebab banjir. Hutan ditebang sesuka hati, sampah sarap dibuang merata tempat, semua ini, andai dikaji semua menjadi penyebab kenaikan air secara mendadak. Bagaimana kita sebagai guru boleh membantu ke arah masa depan Malaysia yang lebih baik. Kembali ke akarnya. Kanak-kanak perlu dididik sedari awal tentang kesedaran sikap yang baik, mengutamakan kebersihan diri dan persekitaran, cintakan alam semulajadi dan cinta akan keamanan tanpa mengambil kira usia, agama, kaum serta fahaman politik. Guru sentiasa perlu menanamkan nilai-nilai murni sedari kecil dan harapan kita apabila kita menyebut dan mengingatkan, semoga kata-kata dan nasihat yang baik ini akan menjadi pedoman kemudian hari kelak.

Alam memerlukan manusia mentadbir dengan menjaga keseimbangan nya, sekiranya berlaku kekurangan maka, akan jadilah masalah serta bencana yang akan kembali membahayakan manusia. Kesedaran inilah yang perlu dipupuk agar dapat diteruskan legasi negara kita yang sejahtera biarpun pelbagai cabaran mendatang.

Dalam ucapan YAB TPM juga menyebutkan cabaran guru dalam menerima Transformasi pendidikan iaitu, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Pelan Pembanguan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang dilancarkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pendidikan merangkap Timbalan Perdana Menteri pada 6 September lalu adalah persiapan untuk menyediakan generasi penerus dan negara menghadapi cabaran alaf 21. Antara cabaran alaf s2 ialah perkembangan ilmu dan proses pendidikan yang dinamik mengikut arus semasa. Perkembangan teknologi dunia merujuk kepada teknologi maya dan media baru adalah cabaran yang perlu dihadapi dengan perancangan yang rapi dan strategik.

Faktor globalisasi merupakan faktor utama dalam mendepani cabaran perubahan masa depan. Laungan hak asasi manusia mengikut ukuran barat, budaya popular dan hedonisme yang sedang menular, hegemoni pihak luar terhadap faktor kemajuan teknologi, kepesatan ekonomi dan budaya menjadikan Malaysia tercabar untuk terus bangun, maju dan berubah.( Sidek Baba,2013)

Menyedari situasi mendesak ini, generasi muda haruslah dipersiapkan untuk bersedia kepada cabaran globalisasi disamping mengukuhkan asas fundamental dan releven dengan Malaysia dalam kemajuan acuan kita sendiri. Perubahan dalam ilmu dan pendidikan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.Tradisi penyelidikan dan pengembangan menyebabkan ilmu berkembang dinamik. Ianya serta merta menuntut kebijaksanaan bagaimana perkembangan ilmu dalam bidang sains, teknolongi dapat diladeni dan dimanfaatkan dengan bijaksana. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia melibatkan kajian penuh terhadap pemimpin sekolah, guru, ibubapa, murid dan orang ramai di seluruh negara. Ia bertindak dengan menilai prestasi semasa sistem pendidikan negara dengan pengambil kira pencapaian lampau dan membandingkannya dengan tanda aras antarabangsa.

Pelan ini juga mencadangkan 11 anjakan strategik dan operasi yang perlu dilaksanakan oleh Kementerian bagi mencapai visi yang dihasratkan. Kualiti kurikulum guru, pengurusan sekolah dan masyarakat, kaedah penyampaian dan cara pengukuran mempunyai kaitan rapat membangunnya pelan ini. Terdapat enam ciri utama yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing di peringkat global. Ciri-ciri itu ialah ilmu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional.(PPPM,2013-2025). Ilmu pengetahuan adalah sesuatu yang amat penting bagi mendepani perubahan. Integrasi ilmu dan nilai adalah sesuatu yang amat penting supaya ilmu tidak hanya dipelajari secara mekanistik tetapi sekali gus membentuk sahsiah dan jati diri pelajar.

Kemahiran berfikir merupakan faktor penting kepada perubahan. Ilmu pada hari ini tidak hanya dihafaz semata-mata untuk keperluan peperiksaan. Dalam tradisi umat islam yang membawa kepada tamadun proses pengajaran dan pembelajaran melalui lima tahap yang sifatnya saling mengukuh. Untuk itu, kefahaman perlu diutamakan. Selepas faham, berfikir merupakan peringkat ke2. Berfikir melahirkan pemikiran ( fikrah ). daripadanyalah proses internalisasi ( penyerapan) akan berlaku. Akhirnya manifestasi ilmu terlihat pada amalan. Itulah antara yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM,2013-2025).

No comments:

Post a Comment