Friday, 18 September 2015

ISU PENEMPATAN DAN PERPINDAHAN GURU

Guru, cikgu, ' Master', adalah panggilan umum yang khusus menunjukkan tahap hormat tertinggi bagi seorang insan yang menjadi penunjuk jalan, pendidik, pengajar, penghibur, pentadbir dan segala perkataan yang menunjukkan tanda hormat itu.

Untuk memulakan penerangan tentang pimpin , kita perlu mendalami definisi dalam bahasa melayu perkataan-perkataan yang menghampiri maksud ini . Kepemimpinan ialah perkataan terbitan daripada "pimpin' yang beerti bimbing, pandu atau tunjuk. Memimpin diberi erti sebagai memegang tangan dan membawa berjalan menuju kesesuatu tempat. Manakala, Kepimpinan membawa erti “keupayaaan memimpin” dan kepemimpinan pula adalah “keupayaan sebagai pemimpin, dan berdaya sebagai seseorang pemimpin” (Kamus Dewan,2002).

Kesimpulannya, Kepemimpinan adalah satu proses mempengaruhi tingkahlaku orang lain untuk menggalakkan mereka bekerja kearah pencapaian sesuatu matlamat yang ditetapkan. Kepemimpinan juga dilihat sebagai kebolehan untuk mempengaruhi ahli-ahli kumpulan untuk mencapai sesuatu matlamat (Robbins,2003). Menurutnya pemimpin yang baik boleh mempengaruhi orang lain untuk mencapai sesuatu matlamat. Seterusnya, Kepemimpinan merupakan keupayaan utk mempengaruhi sistem kepercayaan, tindakan & pegangan nilai ahli-ahli dlm kumpulannya (Leithwood&Janti,1999). Beliau melihat unsur kepimpinan dari sudut yang lebih luas dalam masyarakat.
Guru adalah pemimpin. Beliau menjadi pemimpin untuk dirinya dan menjadikan dirinya sebagai contoh pemimpin yang paling ideal pada pandangan muridnya.Kepemimpinan seorang guru di sekolah melibatkan sikap-sikap pemimpin yang perlu dicontohi. Banyak juga pengetahuan yang saya peroleh mengenai jenis-jenis kepemimpinan yang boleh diamalkan dalam organisasi  terutamanya di sekolah. Sebagai seorang guru kita haruslah mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan kepemimpinan. Jenis-jenis kepemimpinan yang harus ada di sekolah.
Selain itu , tugas pemimpin akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah sama ada dalam bidang kurikulum atau kokurikulum. Seorang pemimpin akan sentiasa menjaga kebajikan orang bawahannya secara adil dan saksama. Sikap pilih kasih dan sikap tidak ambil peduli  yang ada dalam seorang pemimpin akan menyebabkan sesebuah sekolah itu akan mengalami kemorosotan dalam bidang akedemik. Keadaan secara langsung akan menyebabkan sesebuah sekolah itu akan sentiasa mengalami permasalahan dalam pentadbiran.

Sebagai seorang pemimpin di sekolah, pengetahuan yang mendalam dalam tugas-tugas sebagai seorang pemimpin haruslah dipelajari dengan lebih mendalam. Ini membolehkan, kita dapat memimpin sesebuah sekolah itu dengan lebih berkeyakinan. Selain memikul tugas yang berat peranan sebagai seorang pemimpin hendaklah menghormati orang bawahan agar orang bawahan akan memberikan kerjasama dalam semua perkara yang berkaitan dengan pentadbiran.
Di samping itu , seorang pemimpin tidak seharusnya terlalu mengikut perasaan dalam mentadbir organisasi terutamanya jika terdapat segelintir guru yang tidak mengikuti peraturan yang telah ditetapkan. Oleh itu, pemimpin memainkan peranan yang penting bagi mengubah tingkahlaku guru tersebut. Teguran yang membina akan memberi kesedaran kepada guru tersebut betapa pentingnya mengikuti peraturan sekolah.
Dewasa ini, kita melihat pelbagai isu yang timbul berkaitan permasaalahan guru . Isu yang menjadi perhatian saya ialah isu penempatan guru. Sepertimana yang kita ketahui, di Malaysia pelajar-pelajar Program Sijil Perguruan Malaysia, Program Diploma Perguruan Malaysia, Program Ijazah Perguruan Malaysia, Kursus Perguruan Lepasan Ijazah, dan pelbagai lagi program untuk melatih guru yang baru. Untungnya di Malaysia, sebaiknya selesai kursus , pelajar ini terus ditawarkan untuk menjadi guru dan ditempatkan disekolah-sekolah di Malaysia. Keadaan penempatan guru ini juga turut sama dirujuk mengikut beberapa kepentingan yang diambil perhatian. Kita maklum pada Surat Akuan Sumpah yang telah ditandatangan telah jelas menyatakan bahawa , kita perlu menerima dengan rela hati, sekolah yang telah ditugaskan. Akur menerima arahan dan rela menurut perintah. Bagi pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah , kita sama-sama telah tersedia faham dengan agihan penempatan guru-guru baru dan guru -guru dalam perkhidmatan. Dalam surat arahan bertugas, kita memang telah berjanji untuk sedia ditukarkan dimana sahaja, tetapi keadaan ini juga bergantung kepada beberapa perkara yang boleh dipertimbangkan. Pihak atasan bukanlah kejam sehingga tidak memandang masalah guru. Namun begitu, sebagai penjawat awam, kita perlu tenang berfikir dan bertindak . Sabar dan gunakan saluran yang betul.
Jesteru itu, apabila berurusan dengan manusia, sudah pastilah unsur kemanusiaan akan menjadi pertimbangan utama. Manusia memimpin manusia. Bagi isu penempatan ini, bukanlah suatu yang mudah diselesaikan. Sejak mula wujudnya jawatan guru, pasti akan ada masalah ini.
Antara masalah luahan utama isu penempatan yang ialah berjauhan daripada keluarga, suami, isteri, anak, ibu bapa . Kita tahu, setiap dari kita telah difitrahkan untuk berkeluarga. Merujuk kepada Sabda Rasulullah,
Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya:
Hai orang-orang muda, sesiapa di antara kamu yang mampu berkahwin maka hendaklah dia berkahwin kerana ia (iaitu perkahwinan) itu dapat mengawal mata dan kemaluan. Barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa kerana ia (iaitu puasa) akan menjadi penjaga baginya.
Berulang kali saya membaca dan menghayati hadis ini. Terdetik di hati, “begitu indah Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. kerana agama yang selari dengan fitrah manusia ini, agama yang memahami kehendak naluri nafsani, agama yang tahu hikmah yang tersirat di sebalik hakikat, apabila berbicara tentang berkahwin, disuanya dahulu penawar untuk insan-insan seperti ini.”
Namun begitu, apabila berkeluarga maksudnya, hidup bersama-sama. Tetapi dalam isu penempatan, ianya timbul apabila tidak dapat bersama-sama kerana jarak tempat yang jauh. Ada yang suaminya di Sabah atau Sarawak tetapi suaminya di Semenanjung Malaysia atau sebaliknya, bayangkanlah bagaimana mereka mengharungi kehidupan ini. Pastinya sukar juga untuk kita tidak berkompromi dengan perasaan mereka .

Keadaan ini akan menimbulkan masalah sosial yang akan menjejaskan akauntabiliti guru sebagai pemimpin itu sendiri. Bagaimana mereka ini akan mampu untuk meneruskan tugas tanpa sokongan ahli keluarga yang rapat. Datang sekolah tetapi hati jauh teringat. Nampak anak murid ternampak anak kita. Tengok suami orang, teringat suami sendiri. Begitulah umpamanya kesusahan ini. Nampak macam gembira tetapi dalam hati, siapa yang tahu. Kalau isteri yang berbadan dua, bagaimanakah pula dia menjalani hidup tanpa suami disisi. Akan wujud ikatan hati yang salah, akan timbul perhatian yang tidak sewajarnya, akan lahir perasaan yang tidak sepatutnya, bila ini berlaku, bagaimana institusi keluarga yang telah dibina akan terus kukuh. Ada suami yang berjauhan daripada isteri, tetapi telah mempunyai skandal dengan isteri orang, guru ditempat bertugas, atau anak murid itu sendiri. Suami isteri bercerai berai, anak-anak hilang kasih dan sayang. Sebuah istana cinta telah runtuh , gara-gara terlalu mengikutkan kata hati .Kalau diikutkan banyak kes sebegini telah berlaku. Dan harus diingat, Kerana Nila setitik, rosak susu , sebelanga. Buruknya yang dipandang, masalah guru yang tidak bermoral sehingga menjejaskan akauntabiliti profesion guru itu. Masalah ini kalau diteliti antara puncanya adalah jauh dari isteri atau suami. Berkahwin dan tinggal berjauhan, mohon ditukarkan ditempat suami tetapi belum ada rezeki untuk bertukar.

Ada juga aduan yang diterima yang menyatakan kesusahan apabila hidup keseorang diperantauan. Anak gadis, isteri orang, hidup merantau ditempat orang, dengan kemudahan yang terhad, rumah yang tersedia seadanya. Pastinya keselamatan menjadi kebimbangan utama. Kecurian, penculikan, kes rogol, pembunuhan semuanya semakin menjadi-jadi sehingga hari ini. Didada akhbar seringkali kita dengar mangsa nya adalah kaum yang lemah, pasti akan timbul kerisauan yang bukan sedikit. Nampak macam mudah, tetapi sekiranya kita ditempat mereka ,pasti akan tahu bagaimana perasaannya.Mengajar dalam keadaan yang tidak aman dan tenteram pastilah tak akan memberikan pulangan kecemerlangan yang diinginkan. Keadaan ini akan menjatuhkan akauntabiliti guru itu sendiri.
Ada juga guru yang ingin bertukar , memohon tukar mengikut prosedur yang biasa tetapi malangnya perpindahannya langsung tidak mendapat sokongan ataupun pelepasan dari pihak pentadbir , dengan alasan tertentu . Keadaan ini pastinya akan membebankan fikiran guru yang perlu untuk berpindah atas sebab-sebab peribadi yang tertentu. Seperti mengikut suami, bertukar tempat kerja dengan pelbagai isu, keselamatan, masyarakat setempat dan sebagainya . Pastinya memohon bertukar bererti seseorang itu, perlu berada ditempat baru bagi membina semula motivasi dalam hidupnya bagi memberikan serta menyelasaikan tugasan persekolahan dengan berkualiti.

Isu penempatan juga turut sama dikesan melibatkan jarak rumah ke tempat kerja. Ada yang sanggup berulangalik dengan masa 2-3 jam untuk pulang kerumah setiap hari. Bayangkanlah betapa letihnya memandu setiap hari lebih kurang 200 hari dalam setahun. Ketika letih, tugasan yang melambak, kerja yang tidak menentu, semuanya akan memberi kesan psikologi dan fizikal guru itu sendiri. Perjalanan yang jauh boleh membawa kepada risiko kemalangan jalanraya.

Pernah berlaku seorang guru Penolong Kanan Kokurikulum, mengalami kemalangan ngeri dalam perjalanan ke tempat bertugas . Beliau berulang alik ke sekolah dari rumahnya di Seremban ke Palong 1, yang mengambil masa hampir 2jam perjalanan. Beliau telah meninggal dunia dalam kemalangan itu, isunya beliau ditempatkan jauh dari rumah. Bukan melihat kegagalan guru tersebut merancang kehidupan sehariannya, tetapi perlu juga dilihat dalam faktor kemanusiaan. Guru berkenaan sanggup berulangalik untuk bekerja dan dalam masa yang sama cuba untuk bersama dengan keluarganya. Satu pengorbanan yang besar dalam usaha guru berkenaan dalam meneruskan kelangsungan hidupnya. Pemergiannya adalah satu kehilangan yang yang besar dalam bidang profesion keguruan. Saya percaya ramai lagi guru-guru kita di Malaysia mengalami masalah ini. Sungguhpun ajal maut ditangan Tuhan, kita sebagai manusia perlu juga muhasabah diri sendiri dan sekeliling untuk mengenal pasti punca-punca. Bekerja dalm keadaan letih, kurang rehat, kurang tidur , pasti tidak akan memberikan pulangan hasil yang setimpal . Pasti sedikit sebanyak akan menjejaskan akauntabiliti guru itu sendiri.

Isu penempatan juga turut memberikan kesan terhadap Masalah kewangan , harga minyak, sewa rumah dan sebagainya, sangat membebankan guru. Guru ditugaskan mengajar didaerah pedalaman, tempat baru yang memerlukan guru berkenaan menyewa rumah . Elaun rumah rasanya terlalu rendah kadar berbandingan dengan harga semasa sebuah rumah sekarang. Tetapi tidak mengapa, guru rela berkorban. Sejumlah besar kewangan disalurkan kepada sewa rumah bagi memberikan keselesaan kepada keluarga. Ada juga yang tidak ada pilihan lain. Ramai guru tempatan Sabah menyewa rumah antara RM300.00 hingga RM800.00 sebulan. Ini belum kira perjalanan dari rumah sewa ke sekolah.Ada rumah sewa tu jauh kerana rumah sewa berdekatan sekolah tiada ada. Bahkan ada guru terpaksa ulang alik dari Kota Kinabalu ke Kota Marudu, dari Kota Belud ke Kota Marudu hanya kerana memkirkan keluarga dan kepayahan pindah rumah kerana secara matematiknya sewa rumah di Kota Marudu dibandingkan dengan kos perjalanan sebulan ada sama atau lebih kurang sahaja. Keadaa ini menyebabkan guru terpaksa melakukan kerja-kerja tambahan bagi menampung kehidupan keluarga dan kos sara hidup yang semakin tinggi. Apabila tumpuan lebih disitu, maka, kita perlulah menilai sendiri akauntabiliti guru-guru terhadap tugas hakiki mereka. Sungguhpun sentiasa disebut, tugas hakiki tetapi apabila ada keperluan lain yang lebih mendesak, ianya akan berada ditempat ke dua atau ketiga. Kepentingan guru-guru dalam meletakkan tugas dan profesion ditempat pertama akan bertukar.

Ada juga guru-guru yang dihantar bertugas berjauhan dengan ibubapa yang telah tua dan uzur. Sedih sekali apabila memikirkan ibu dan ayah tinggal dirumah tanpa jagaan kita. Semua ini boleh juga menggugat kekuatan hati untuk bertugas dengan penuh dedikasi. Bila ibubapa kerap sakit, cuti pula kerap diambil, bila habis cuti rehat, cuti Sakit pula dipohon, Guru Besar perlu memberikan cuti, kalau tak diberi bercuti, rasanya akan dikatakan tidak bersimpati, kejam dan sebagainya , tugas akan terbengkalai, anak-anak murid terbiar, jadi keadaan ini menimbulkan situasi yang secara tidak langsung memberi kesan negatif dan memudaratkan semua orang dalam laluan guru itu sendiri. Anak murid, rakan sejawat, pihak pentadbir, Pihak Pejabat Pelajaran Daerah, seterusnya Profesion Keguruan itu sendiri.

Seterusnya, guru-guru baru juga dihantar bertugas dikawasan baru yang jauh, dengan budaya masyarakat yang berbeza,dialek bahasa yang berbagai, turut sama akan memberi masalah kepada guru sendiri. Pengalaman dan pengajaran itu sentiasa berlaku dan adakalanya bukan sehari dua. Ada juga yang sangat susah untuk menyesuaikan diri dengan kehendak masyarakat setempat. Contoh yang mudah, guru dari pedalaman Terengganu dihantar ke Kuala Lumpur. Dialek bahasa yang sangat bertentangan, pastilah menjadi masalah dalam pengajaran didalam kelas. Bukan menyatakan kelemahan guru, tetapi dari sudut kemanusiaan itulah apa yang telah berlaku hari ini. Murid tidak faham arahan dan berlaku masalah akibat salah faham arahan. Kalau masalah kecil , tidak mengapalah, tetapi kalau masalah yang besar, membabitkan nama baik atau maruah guru sendiri. Pasti akan memalukan guru itu, dan akhirnya timbul isu, mengapa ini boleh berlaku. Bagaimanakah pembelajaran dan pengajaran dapat berlaku dengan berkesan sekiranya penyampaian guru gagal disesuaikan dengan keadaan masyarakat sekeliling. Guru berkenaan akan menjadi isu mainan dalam kalangan murid dan ibubapa. Bagaimana guru ini boleh menjaga akauntabiliti serta bersama mengajar dalam keadaan selesa dan bersemangat.

Isu penempatan juga turut menimbulkan masalah dalam ratio keperluan opsyen mengajar disekolah. Ada sekolah menerima lambakan opsyen tertentu , ada juga tidak menerima opsyen mengikut keperluan. Jadi guru akan mengajar bukan mengikut kemahiran dan kepakaran. Demi mengikut tuntutan pihak pentadbir. Isunya, membazirlah kemahiran guru itu sendiri. Sehingga akhirnya terpaksa melupakan kemahiran mengajar yang telah diperoleh selama menjalani latihan mengajar bertahun-tahun.

Keadaan yang sebegini akan menimbulkan perasaan tertekan dan stress dalam kalangan guru-guru itu sendiri. Sebagai manusia biasa, kita perlu berada dalam keadaan yang aman dan tenteram jiwa, barulah dapat melaksanakan tugasan yang telah diamanahkan dengan baik dan berupaya kearah menjadi Guru Cemerlang.
Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Guru Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan.” - Buku Terma Rujukan konsep Guru Cemerlang. bagaimana kita boleh mencapai agenda Guru Cemerlang sekiranya kita bekerja dalam keadaan hati yang tidak tenteram.

Isu penempatan guru diseluruh Malaysia memang antara isu popular dalam kalangan guru. Masalah penempatan guru memang rumit untuk diselesaikan. Ia menjadi bertambah sulit apabila terdapat segelintir daripada 400,000 guru yang masih dalam perkhidmatan memohon bertukar sekolah dengan alasan yang kurang wajar. Rata-rata mahu mengajar di sekolah yang dekat dengan rumah. Lalu mereka cenderung menjadikan alasan rumah sedia ada atau rumah yang baru dibeli berhampiran sekolah sebagai sebab untuk bertukar tempat mengajar. Sememangnya semua orang dalam apa jua profesion pun menginginkan jarak tempat tinggal yang berhampiran dengan tempat kerja. Jimat masa dan jimat kos.Namun, kita juga perlu profesional kerana penempatan guru adalah berdasarkan keperluan perkhidmatan, Bukannya mengikut kesesuaian tempat tinggal. Faktor ini penting demi meminimakan masalah kekurangan guru di kawasan luar bandar dan pedalaman tetapi terlebih guru di sekolah tertentu di kawasan bandar.

Dalam pada itu, pertukaran guru juga dilakukan secara pentadbiran. Sebagai contoh, jika Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) mendapati ada lebihan seorang guru Bahasa Inggeris di sekolah A dan sekolah B memerlukannya. Maka guru tersebut akan dipindahkan ke sekolah B walaupun beliau tidak membuat sebarang permohonan pertukaran tempat mengajar.
Bagi guru yang memohon pertukaran secara atas talian, keputusan telah pun diumumkan. Kepada yang berjaya, selamat mencurah bakti di sekolah yang baru.
Bila membuat rayuan pastikan mengikut etika dan tatacara urusan rasmi. Jangan dibawa bayi atau anak kecil ke pejabat. Apatah lagi ibu atau bapa yang uzur. Ia boleh mengganggu ketenteraman dan menjejaskan urusan pihak lain. Malah ia mungkin menjejaskan tugasan lain pegawai terbabit.
Memadai dengan menyediakan dokumen sokongan untuk rujukan pihak yang berkenaan. Bukti itu sudah mencukupi tanpa perlu ditambah dengan elemen emosi dan simpati. Pihak pentadbir sedia memahami permasalahan kita.

Utusan Malaysia Online: 22 November 2010



Sungguhpun isu ini masih disebut hingga ke hari ini, terdapat beberapa cadangan yang boleh dilakukan bagi mengurangkan aduan berkenaan serta membuat penambaikkan isu ini.
Antaranya ialah ketelusan dipihak atasan itu sendiri. Sungguhpun istilah ini seringkali diuar-uarkan, namun masih ada ketidakpuasan hati berlaku. Pihak Pengurusan Tertinggi perlu mempunyai maklumat yang lengkap tentang semua guru. Walau guru ada berpuluh ribu, andainya maklumat ini sempurna, maka, mudah bagi pihak atasan untuk 1klik untuk membuat perubahan .
Maklumat lengkap dan selaras antara semua pihak dan hanya boleh diakses oleh pihak yang sepatutnya akan memudahkan sebarang pertukaran dan kekosongan disuatu sekolah dengan cepat dan pantas. Kecairan maklumat guru disekolah melalui Kementerian Pendidikan Malaysia, melalui Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing, seterusnya, pejabat Pelajaran Daerah dan yang terakhir sekali sekolah guru berkenaan. Sebarang keperluan perubahan penempatan perlu disenaraikan dengan jelas agar guru dapat bertindak dan faham
Guru-guru yang telah mengajar disekolah yang sama melebihi 5 tahun perlulah ditukarkan bagi memberi peluang kepada semua guru untuk menambahkan motivasi dalam profesionnya. Bayangkanlah sehingga hari ini, sudah 20 tahun disekolah yang sama. Perubahan tempat bertugas , perlu untuk mengembalikan motivasi diri untuk berkerja dengan lebih bersemangat. Menurut Timbalan Pendaftar UMSKAL, Zamri Mohamad Tuah ( 4mac 2013), beliau berkata pertukaran tempat kerja adalah kehendak perkhidmatan dan organisasi selepas kakitangan tersebut lama bertugas di sesuatu tempat.Katanya, ianya juga untuk mengembangkan kerjaya, bakat, kebolehan dan kecekapan pegawai dan kakitangan kerajaan.
Guru-guru yang telah memohon untuk dipindahkan samada secara atas talian atau secara peribadi haruslah diberikan pertimbangan sewajarnya. Tidak ada guru yang sekadar suka-suka untuk berpindah ke tempat lain jika tidak ada kepelua yang mendesak. Apatah lagi keperluan itu boleh menganggugugat kerjaya dan akuntabiliti guru itu sendiri dalam menjalankan tugasnya dengan cemerlang. Seseorang guru akan menyayangi anak muridnya seterusnya kerjayanya dengan sepenuh hati, kecuali ada perkara yang tidak dapat tidak boleh melemahkan semangat guru itu.
Sesungguhnya pihak kerajaan sentiasa peka dengan kehendak rakyat, apatah lagi guru yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan negara pada masa hadapan. Jesteru itu, pelbagai agenda telah dirancang, dilaksanakan,dibuat kajian, ditambahbaikan, dipulihkan, seterusnya diharapkan hasrat kerajaan akan dicapai ke arah NKRA iaitu, Kemenjadian dan Keberhasilan murid pada masa hadapan.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia adalah satu transformasi sistem pendidikan negara untuk tempoh 13 tahun . Gelombang 1( 2013-2015) tempoh ini adalah merujuk kepada perubahan sistem yang sediaada kepada sistem yang baru . Ia merangkumi 4 bidang utama iaitu Pembelajaran Murid, Guru dan pemimpin sekolah, Transformasi Kementerian, dan Struktur Sistem. Gelombang ke 2, ( 2016-2020) kearah pemecutan penambahbaikan Sistem. Seterusnya dalam Gelombang ke 3, (2021-2025) Gerakan Ke arah Kecemerlangan , disini keberhasilan sistem akan dinilai mengikut kaedah kemenjadian murid.
Isu penempatan turut sama boleh dipermudahcara dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( 2013- 2025 ). Dalam Anjakan 5, iaitu Mentransformasi Profesion Keguruan Menjadi profesion pilihan. Dalam kajian hari ini, sering bercakap mengenai kualiti guru dalam menentukan keberhasilan murid. Guru berkualiti , pasti murid akan lebih menjadi. Antara perkara yang telah disebut dalam PPPM iaitu mengetatkan syarat kelayakan kemasukan guru mulai 2013, semua guru akan mempunyai Ijazah atau graduan sahaja. Hari ini untuk menjadi guru, perlukan pelatih yang benar-benar layak dan terpilih. Bukan hanya tangkap muat atau pilihan terakhir sahaja. Pemilihan awal yang lebih ketat dari segi ilmiah, perwatakan, kesihatan fizikal dan mental, dan berjaya melalui tempoh latihan maksimum dengan jayanya.
Seterusnya, guru-guru sedia ada akan diberikan latihan melalui Program Pembangunan Profesional secara berterusan semasa ke semasa. ( CPD) Program ini akan menggunakan jaringan rakan sejawat termasuk pembimbing guru, guru kanan, Guru Besar/ Pengetua, untuk menyebar luas amalan terbaik. Program ini akan dilihat akan memberi kesan terbaik kepada guru yang akan sentiasa kearah peningkatan ilmu dan kemahiran yang sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Guru yang bekerja dalam keadaan terurus dan tersusun akan memberikan impak cemerlang kearah kemenjadian murid itu sendiri.
Anjakan. ke 4 juga, dilihat akan memberikan fokus ke arah memastikan guru memberi tumpuan kepada fungsi teras pengajaran mulai 2013. Guru selama ini terbeban dengan pelbagai senarai tugas pentadbiran . Dengan adanya sistem jaringan maklumat yang diperkemas dan dipermudah, harapan kita agar guru akan kembali kepada tugas mengajar dan mendidik semata .

Seterusnya , kita lihat pula anjakan 5, iaitu memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan disetiap sekolah. Kita percaya, pemimpin yang baik akan berjaya menjayakan sekolah dalam semua aspek menjurus kepada kemenjadian murid . (Buku PPPM) , kualiti kepimpinan sekolah merupakan faktor berasaskan sekolah yang ke2 penting selepas kualiti guru , dalam menentukan keberhasilan murid.
Pentadbir yang berjaya akan sentiasa gigih dalam matlamatnya , seterusnya diperkukuhkan dengan membangunkan dan menjadikan guru penolong kanan, ketua bidang dan ketua panitia sebagai pemimpin instruksional.
Anjakan ke 5 juga terus melihat kepada kepentingan mewujudkan pentadbir yang benar-benar cemerlang dengan melaksanakan Pakej Kerjaya Pengetua/Guru Besar yang baharu secara berperingkat denga lebih sokongan dan kebertanggungjawaban yang tinggi bagi meningkatkan keberhasilan murid. Semua pentadbir sekolah akan dipersiapkan supaya mereka dapat menggunakan sepenuhnya keluwesan membuat keputusan yang diperuntukan kepada mereka. Ianya termasuklah perancangan peningkatan sekolah, perancangan kurikulum dan kokurikulum dan juga hal berkaitan masalah guru dan murid. Aspirasi bagi pemimpin sekolah adalah untuk membina budaya kecemerlangan professional pimpinan teladan rakan setugas, untuk sama membimbing satu sama lain, membangunkan dan menyebarluaskan amalan baik dan sama-sama bertanggungjawab bagi mencapai standard professional.

PPPM juga melihat sama rata kepada bidang tugas Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan-keperluan. Anjakan 6; iaitu mengupaya JPN, PPD dan sekolah kearah ini. Penyelarasan maklumat antara jaringan 3 badan ini akan menjadikan masalah guru yang mengganggu ketenteraman guru itu sendiri , akan mudah untuk dipermudahkan dan diselesaikan dengan cara yang berhemah. Bukan hanya akan disimpan sehingga akhirnya memudaratkan guru dan profesion guru itu sendiri.

Anjakan 8, mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian kementerian Pelajaran Malaysia. Sistem jaringan pendidikan Malaysia mempunyai jaringan yang sangat luas. Sistem ini dikendalikan oleh hampir 6,800 pegawai dan kakitangan sokongan diperingkat kementerian, 6 ,400 di Jabatan Pelajaran Negeri dan lebih 6000 di Pejabat Pelajaran Daerah . Jumlah ini adalah tambahan kepada kira-kira 420,000 pengetua/guru besar dan guru disekolah. Sesungguhnya, usaha melaksanakan dasar yang merangkumi seluruh rangkaian sebesar ini adalah kompleks. Isu yang dikenalpasti termasuklah pertindihan tanggungjawab di peringkat Kementerian, JPN dan PPD, isu kekurangan penyelarasan diperingkat bahagian dan pentadbiran, isu dasar yang kadangkala dilaksanakan berasaskan maklumat yang tidak tekal atau kurang sokongan , serta pemantauan dan isu tindakan susulan berasaskan keberhasilan yang lemah.

Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, dalam bab 5, iaitu tajuk Guru dan Pemimpin Sekolah. Dalam usaha meningkatkan kualiti guru, latihan praperkhidmatan dan pembangunan profesional berterusan telah difikirkan untuk dilaksanakan. Berdasarkan profil usia tenaga kerja keguruan dan cabaran berterusan untuk menarik minat calon guru yang berkelayakan yang mencukupi, latihan keguruan merupakan mekanisme penting bagi meningkatkan kualiti guru. Latihan ini menyediakan asas yang kukuh kepada guru untuk memberikan sumbangan yang berkesan didalam bilik darjah sejak hari pertama perkhidmatan mereka. Dalam isu penempatan, matlamat Kementerian adalah untuk menempatkan guru-guru mengikut keperluan opsyen setelah tamat latihan kelak. Kekosongan tempat dan keperluan opsyen kemasukan ke IPG adalah dilihat kepada keperluan opsyen semasa. Sepatutnya melihat kepada perancangan PPPM , secara dasarnya, kita tidak akan mempunyai masalah berkaitan kekurangan opsyen pada masa akan datang.
Bagi mendapatkan tahap kualiti yang dikehendaki, kementerian akan memperkukuhkan status profesion keguruan dengan menetapkan tahap yang tinggi untuk lulus latihan perguruan dan seterusnya diambil bertugas di bawah kementerian. Pada masa hadapan siswazah akan hany diambil bekerja apabila mereka dapat menguasai kompetensi minimum yang diharapkan yang diharapkan melalui praktikum dan kerja kursus dalam latihan keguruan. Syarat ketat ini adalah untuk memastikan guru yang terbaik dan paling layak menyertai profesion keguruan.
Ilmu menurut Kamus Pelajar(2000) ialah segala jenis pengetahuan atau kepandaian (mengenai dunia, akhirat, lahir, batin dll) yg diperoleh melalui pengalaman, pendidikan dll.

Guru yang akan ditempatkan disekolah akan mempunyai jatidiri, ilmu, pengalaman, kemahiran yang tinggi bagi mencapai hasrat kerajaan dalam meneruskan kelangsungan legaci Negara Malaysia pada masa hadapan. Ingat, tanah yang kita duduki ini adalah pinjaman kepada anak cucu kita.


2.Apakah persepsi guru terhadap program ?
Guru membuat persepsi adakah kemahiran perguruan memberi manafaat dan bersesuaian dengan tugas mereka dan boleh dipraktik di dalam bilik darjah serta di sekolah

3, Adakah perancangan perkembangan profesion guru dapat mencapai objektifnya?


-keberhasilan program ini dapat dinilai dengan menyediakan indikator yang boleh diperhati dan diukur supaya setiap aktiviti mencapai sasarannya.
Rumusan Peranan Guru
Guru sekolah Rendah perlu lebih mendekatkan diri mereka dengan murid-murid dan menjadi pengganti ibu bapa, bertindak sebagai pembimbing, pembentuk tingkahlaku, agen sosial, agen perubahan, penyelidik dan seterusnya sebagai pengamal ilmu & kemahiran.


Pengamal Ilmu dan Kemahiran
Amal menurut Kamus Dewan bermaksud perbuatan atau pekerjaan baik dan kebajikan yang diamalkan oleh seseorang.

Pengamal ilmu membawa maksud mencintai, menguasai, sentiasa mencari & meningkatkan pengetahuan serta mengaplikasikannya dalam pelbagai aspek kehidupan.

Guru perlu mengamalkan sikap ingin ‘belajar untuk mengajar’, sentiasa meningkatkan penguasaan ilmu melalui pelbagai cara seperti:


Kalaulah semua murid kita, mempunyai tingkahlaku sebegini pasti, kita akan tenang dan gembira mengajar.


REFLEKSI KENDIRI

SABTU, 6 JUN 2009

Guru tiada 'kabel' susah mohon pertukaran

MERUJUK kepada sistem pertukaran guru antara negeri yang diwujudkan Kementerian Pelajaran bagi memudahkan guru mengisi borang pertukaran untuk memohon pertukaran. Saya berharap pihak berkenaan menilai semula kriteria pemilihan pertukaran guru antara negeri. Merujuk kepada kes sendiri, saya sudah berkhidmat di Johor kira-kira dua tahun, manakala isteri saya bertugas di Selangor sejak awal tahun ini. Sebelum ini beliau menuntut di Maktab Perguruan Kangar Perlis.
Selepas tiga kali permohonan pertukaran saya ditolak, saya tertanya-tanya kriteria sebenar yang melayakkan seseorang guru itu untuk bertukar. Berikut saya senaraikan alasan permohonan pertukaran saya.
Saya terpaksa berulang alik dari Johor ke Selangor untuk bersama isteri. Saya menghabiskan lebih RM400 sebulan untuk kos perjalanan. Masalah lebih rumit kerana isteri saya tinggal berseorangan di Selangor dan terpaksa menguruskan diri sendiri dalam keadaan mengandung. Pernah satu ketika, beliau hampir dirompak ketika baru keluarkan wang dari bank. Nasib baik kelibat perompak itu diperhatikan seorang pengawal keselamatan yang kebetulan lalu di situ.
  • Pembaziran masa, tenaga dan wang ringgit.Setiap minggu saya berulang alik ke Selangor yang membabitkan masa, tenaga dan wang ringgit. Ada ketika gaji saya tidak mencukupi untuk menyara hidup sehingga terpaksa meminjam.
  • Risiko kemalangan dalam perjalanan. Pernah satu ketika saya hampir terbabit dalam nahas jalan raya ketika dalam perjalanan pulang dari Selangor. Kejadian berlaku di Bukit Putus, Kuala Pilah apabila tebingnya runtuh.
  • Kemerosotan prestasi kerja.Dalam keadaan begini juga menyebabkan prestasi kerja merosot teruk dan sering ditegur oleh ketua jabatan.
  • Saya amat berharap kementerian dapat memberi perhatian sewajarnya terhadap masalah ini. Saya mewakili segelintir guru yang terpaksa membazir masa, tenaga dan wang ringgit selain risiko kemalangan di jalan raya hanya kerana untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang suami atau isteri. Saya tidak faham apabila ada guru yang baru ditempatkan di sekolah namun tidak sampai tiga bulan sudah dapat bertukar kononnya guru berkenaan mempunyai 'kabel' di Kementerian Pelajaran.
Bagi menyahut wawasan yang dicetuskan Perdana Menteri iaitu 1Malaysia... rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan eloklah jika kementerian juga mencari alternatif baru bagi menangani masalah pertukaran guru ini kerana ia membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

MAZIAH IZIFAH,
Mersing, Johor.
Berita Harian Online: 6 Jun 2009















RUJUKAN


BUKU PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA ( Projek Kementerian
Pendidikan Malaysia 2013), Putrajaya Malaysia.

Hussein Mahmood(1993). Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Dewan Bahasa
dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Syed Ismail Syed Mustapa, Ahmad Subki Miskon(2013) Asas Kepimpinan dan
Perkembangan Profesional. Penerbitan Multimedia,Kuala Lumpur.


Peluang Bertukar ke Semenanjung Malaysia
Kementerian Pendidikan menawarkan peluang bersyarat kepada guru dari Semenanjung, yang kini mengajar di Sabah dan Sarawak untuk pulang bertugas ke negeri pilihan, mulai Januari tahun depan. Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata tawaran sama juga dibuka kepada guru dari kedua-dua negeri itu, yang sedang bertugas di Semenanjung, tetapi berminat kembali berkhidmat di kampung halaman masing-masing. 

Peluang Guru Semenanjung di Sabah dan Sarawak Bertukar Mulai Januari 2014
Kita membuat kajian terperinci dan mencari mekanisme terbaik bagi memastikan guru tiada masalah besar menjalankan tugasan di lokasi mereka ditempatkan.

“Bagaimanapun, melalui kajian sama, kita menetapkan beberapa faktor melayakkan permohonan guru untuk bertukar sekolah seperti pasangan suami atau isteri bertugas di negeri berbeza dan sudah mengajar di sesuatu kawasan terlalu lama.

“Kajian dan mekanisme ini penting kerana kita banyak menerima permohonan pertukaran daripada guru, terutama yang berasal dari Semenanjung dan kini mengajar di Sabah atau Sarawak untuk pulang ke negeri asal masing-masing,” katanya lagi.

Sementara itu, mengulas lanjut isu yang sama, Idris berkata, tawaran itu turut membolehkan mana-mana guru untuk mengajar di negeri lebih jauh, mengikut pilihan masing-masing sama ada di sekolah Semenanjung atau Sabah dan Sarawak. 


GURU CEMERLANG

Jawatan-jawatan yang dinyatakan tadi merupakan antara jawatan yang tertinggi dalam bidang perguruan. Kenaikan pangkat dalam bidang perguruan cenderung untuk menjauhkan guru daripada melibatkan diri dalam pengajaran di bilik darjah.

Secara tidak langsung, bidang perguruan kehilangan guru-guru yang pakar dan berdedikasi dalam bidang masing-masing apabila mereka dinaikkan pangkat.

Menyedari hakikat tersebut, kenaikan pangkat Guru Cemerlang diperkenalkan mulai 1993 sebagai peluang kenaikan pangkat yang lebih baik bagi guru gemilang yang tidak meninggalkan bilik darjah.


 

Objektif Kenaikan Pangkat Guru Cemerlang
* Memberi pengiktirafan kepada guru yang cemerlang dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan masing-masing.
* Meningkatkan pencapaian kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P).
* Menjadikan Guru Cemerlang 
role model kepada guru lain.
* Meningkatkan motivasi guru.
* Meningkatkan kecemerlangan sekolah dengan berkongsi pengalaman dan kemahiran Guru Cemerlang.
* Memperluaskan peluang kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran.
* Membolehkan guru dinaikkan pangkat tanpa perlu meninggalkan tugas mengajar atau bertukar ke jawatan pentadbiran.
* Menyediakan peluang untuk guru naik pangkat ke gred yang lebih tinggi secara laluan laju (
fast track), khas Untuk Penyandang (KUP). 
Peranan dan tanggungjawab Guru Cemerlang
1. Membuat perancangan pengajaran , melaksanakan pengajaran mata pelajaran kepakaran dan pembentukan serta pembanguan diri pelajar mengikut tahap yang tertinggi yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
1.1 Menyediakan Rancangan Pengajaran berasaskan peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan ) 1997, kurikulum Kebangsaan dan surat-surat pekeliling berkaitan.
1.2 Mengajar mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan yang ditetapkan mengikut garis panduan dan tahap kebolehan pelajar.
1.3 Merancang dan melaksanakan tugas-tugas berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran
1.4 Menentukan status semasa pencapaian (Take-Off- Value) setiap pelajar dalam mata pelajaran kepakaran dan menetapkan sasaran pencapaian akademik setiap pelajar yang diajar dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
1.5 Mengamalkan kaedah/
strategi pengajaran dengan mengguna pakai atau menghasilkan pelbagai bahan pembelajaran dan pengajaran yang terkini , kreatif, inovatif, menarik dan berkesan.
1.6 Mengenal pasti secara spesifik kelemahan dan kekuatan setiap pelajar dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
1.7 Menyediakan program pengayaan untuk pelajar cemerlang dan pemulihn bagi pelajar yang berpotensi rendah.
1.8 Memantau kemajuan pencapaian akademik setiap pelajar yang diajar.
1.9 Menyediakan laporan dan mengnalisis kemajuan setiap pelajar yang diajar dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
1.10Menyampaikan laporan kemajuan pembelajaran pelajar yang diajar kepada pengetua, ibu bapa dan pelajar.
1.11Menyediakan Jadual Spesikasi (JSU) pentaksiran dan penilaian bagi mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
1.12Menjadi ahli badan profesional yang berkaitan dengan mata pelajaran kepakaran (jika ada).
2. Memimpin dan membantu dalam tugas kurikulum dan kokurikulum berkaitan dengan mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
2.1 menjadi ahli panitia dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
2.2 Menjadi pakar rujuk mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
2.3 Membantu mengatasi kelemahan dan membimbing pelajar dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
2.4 Menyelaras penyediaan rangcangan strategik, tatikal dan operasi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
2.5 Merancang dan menjadi fasilitator dalam bengkel peningkatan profesionalnisme guru khasnya dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
2.6 Menjadi penasihat persatuan akademik mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
2.7 Merancang dan melaksana aktiviti kokurikulum yang boleh membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar.
2.8 Menyediakan laporan kemajuan setiap pelajar dalam aktiviti kokurikulum, mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.


3. Menjadi pakar rujuk, memberi khidmat nasihat , dan membimbing guru dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
3.1 Merancang dan melaksanakan aktiviti perkembangan staf bidang kurikulum dan kokurikulum dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
3.2 Menjadi 
mentor kepada guru dalam bidang pedogogi khususnya berkaitan dengan strategi pengajaran.
3.3 Member maklum 
balas tentang kemajuan guru yang dibimbingnya kepada pengetua/ pengarah dan guru berkesan.
3.4 Memberi khidmat nasihat dan bimbingan kepada guru di institusi persekitaran yang memerlukan kepakarannya.


1 comment:

  1. Stainless Steel Magnets - titanium arts
    Ironing the Stainless Steel 김뿡 얼굴 Magnets (4-Pack). Made in Germany. The Titanium Arts Stainless Air jordan 17 retro Steel Magnets are an alloy titanium earrings made 벳 매니아 of steel great air jordan 5 retro in stainless steel

    ReplyDelete