Friday, 18 September 2015

Isu-isu Moral dan Cabaran Penghayatan Nilai-nilai Moral

Sejak kebelakangan ini, banyak isu-isu moral dilaporkan dalam media yang melibatkan para remaja seperti pembuangan bayi. Keadaan ini sering dikaitkan dengan beberapa elemen yang mencabar penghayatan dan amalan nilai-nilai moral dalam kehidupan remaja. Lantaran itu, sebagai guru pendidikan moral anda mempunyai tanggungjawab yang berat dalam membentuk sahsiah dan jatidiri pelajar supaya terhindar dari melibatkan diri dalam isu-isu moral seperti pembuangan bayi
Antara isu yang semakin menjadi-jadi yang melibatkan kanak-kanak dan remaja hari ini ialah, isu jenayah bawah umur iaitu kesalahan Juvana. 

Jenayah mempunyai pelbagai takrifan. Walaubagaimanapun secara umumnya ia bergantung kepada dua set norma yang berkaitan dengan perundangan dan juga kod norma yang wujud dalam sesuatu budaya (Gan Kong Meng 2007). Menurut Salleh Abas (1998) dalam Gan Kong Meng (2007) mendefinisikan jenayah ialah kesalahan yang dilakukan oleh sesorang dengan niat hendak melakukan kesalahan itu, maka dengan sebab kesalahan itu orang yang bertanggungjawab boleh dihukum dengan balasan yang setimpal kerana melakukan perkara-perkara yang salah disisi undang-undang.

Jenayah juga dapat ditakrifkan sebagai suatu perbuatan atau sebarang kesalahan yang membahayakan masyarakat dan segala perbuatan atau tindakan itu boleh disabit kesalahannya di sisi undang-undang dan orang yang melakukannya bertanggungjawab menerima hukuman denda atau penjara. Dengan erti kata lain, jenayah ialah apa-apa yang boleh memberikan masalah atau kesusahan kepada orang lain. Sebagai contoh, semua orang bersetuju bahawa mencuri atau mencederakan orang lain adalah perbuatan jenayah yang akan memberi impak kerosakan kepada orang lain .

Pelbagai masalah sosial yang berlaku kini seiring dengan pembangunan pesat Negara, malah ianya semakin membimbangkan terutamanya apabila melibatkan golongan remaja. Peningkatan kes juvana di kalangan remaja bukanlah suatu isu yang boleh dipandang remeh memandangkan jumlah pesalah laku juvana semakin meningkat saban tahun sehingga memerlukan perhatian daripada semua pihak terutamanya ibu bapa pelajar yang terlibat dan juga masyarakat sekeliling. Pelbagai kegiatan salah laku jenayah yang dilakukan iaitu mencuri, terlibat dalam kes rogol, pelacuran, membunuh dan sebagainya.Kes kecurian motosikal dikatakan jenayah yang paling ‘popular’ dilakukan oleh golongan remaja.
          Statistik ke Juvana di Malaysia 2000-2005
Negeri
2000
2001
2002
2003
2004
2005
Johor
585
568
381
558
751
1019
Kedah
315
358
342
443
334
930
Kelantan
307
366
347
432
325
280
Melaka
82
97
70
77
117
153
Negeri Sembilan
479
319
263
153
246
225
Pahang
266
383
342
290
182
232
Perak
583
529
519
326
713
644
Perlis
40
78
124
106
100
134
Pulau Pinang
512
471
351
317
317
291
Selangor
878
831
903
835
816
807
Terengganu
372
251
406
525
525
736
WP Kuala Lumpur
296
528
777
581
874
904
WP Labuan
9
16
0
10
0
0
Sabah
130
121
191
155
394
500
Sarawak
430
266
303
190
362
346
Jumlah
5284
5182
5319
4998
6056
7201
    Daripada statistik di atas, kita boleh lihat perbezaan jumlah kes pada setiap tahun yang melibatkan semua negeri. Bermula dari tahun 2000 hingga 2001 terdapat penurunan tetapi meningkat sebanyak 137 kes dan menurun semula pada tahun 2003. Jumlah kes pada tahun 2004 pula terdapat peningkatan yang agak drastik daripada 4998 kes pada tahun 2003 telah meningkat kepada 6056. Kes seterusnya meningkat kepada 7201 kes pada tahun 2005.
          
     Statistik kes Juvana Malaysia 2006-2010

Statistik kes juvana yang dilaporkan 2006-2010
sumber: Harian Metro 8 mei 2011


Negeri
2006
2007
2008
2009
2010
Johor
851
972
489
617
454
Kedah
899
441
526
311
460
Kelantan
247
189
197
215
229
Melaka
284
293
159
196
162
Negeri Sembilan
308
197
170
181
214
Pahang
25
362
423
431
368
Perak
396
494
381
264
325
Perlis
140
159
125
158
92
Pulau Pinang
439
434
383
334
332
Sabah
0
326
212
113
46
Sarawak
228
335
88
28
89
Selangor
911
1114
736
562
138
Terengganu
509
327
218
242
411
WP Kuala Lumpur
718
1099
1424
192
158
WP Labuan
0
21
34
18
6
Jumlah
5955
6763
5562
3862
3484



    Berdasarkan statistik diatas, telah berlaku penurunan kadar jenayah bagi 2006 hingga 2010. Penurunanini dilihat baik dengan kerjasama semua pihak dalam usaha membanteras jenayah dalam kalangan remaja. Tetapi masih tinggi bagi negeri -negeri seperti Kuala Lumpur, Perak, Pulau Pinang, Terengganu, Pahang, Johor dan Kedah. Pastinya sukar untuk kita mencapai sifar jenayah bagi pesalah juvana, kerana mereka adalah golongan yang masih baru menghadapi cabaran dunia, apatah lagi sudah terjebak dengan pelbagai jenayah.

Remaja Dan Penyalahgunaan Dadah, Gam dan Inhalen
Penyalahgunaan dadah bermaksud penggunaan dadah dengan tujuan yang salah terutama jika penggunaannya menjejaskan sistem urat saraf.3 Penyalahgunaan dadah merupakan masalah utama Negara. Kerajaan terpaksa menanggung perbelanjaan yang besar bagi mengatasi masalah ini yang begitu ketara melanda masyarakat Melayu Islam. Menurut Agensi Dadah Kebangsaan, dalam tempoh 1996-1997 penagih baru yang dikesan adalah dari kalangan mereka yang berkelulusan PMR dan SPM.

Antara Januari hingga Jun 1997 menunjukkan peratus mereka yang mula menagih dadah sebanyak 4% bagi mereka yang tidak bersekolah, 23.9% mereka yang bersekolah rendah, 48.6% dari mereka yang berkelulusan SRP/LCE/PMR, 22% yang berkelulusan SPM/MCE/SPVM, 0.7% yang berkelulusan STP/HSC/STPM, 0.7% yang mempunyai diploma/ijazah dan 0.1% yang lain-lain. Mereka yang berkelulusan SRP/LCE/PMR merupakan golongan yang terbesar sekali menagih dadah.

Statistik Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) menunjukkan sebanyak 4813 penagih baru dan 5778 kes berulang dicatatkan di seluruh Negara bagi tempoh Januari hingga Mei tahun 2001. Kemudiannya seramai 60 penagih baru dikesan setiap hari turut menggambarkan betapa kritikalnya gejala penagihan dadah.

Perbandingan Penagih Yang Dikesan Mengikut Umur Bagi Januari 2009 Dan 2008
UMUR KETIKA DIKESAN JANUARI 2009
PERATUS JANUARI 2008
PERBEZAAN 2009/2008
< 13 tahun 0 0.00% 0 0.00%
13-15 tahun 13 13 – 15 tahun 1 0.12% 1 0.00%
16-18 tahun Remaja (2.39%) 19 2.27% 40 -52.50%
19-24 tahun 151 18.06% 237 -36.29%
25-29 tahun Belia (71.06%) 163 19.50% 336 -51.49%
30-34 tahun 165 19.74% 321 -48.60%
35-39 tahun 115 13.76% 237 -51.48%
40-44 tahun 101 12.08% 235 -57.02%
45-49 tahun Dewasa(26.56%) 62 7.42% 149 -58.39%
> 50 tahun 59 7.06% 148 -60.14%
Tiada maklumat umur 8 - 13 -38.46%
Jumlah 844 100.00% 1,717 -50.84% .

Bersumberkan statistik diatas, perbandingan penagih yang dikesan bermula pada umur 13 tahun, dalam Tingkatan 1, selepas UPSR, sudah mula menjinakkan diri dengan dadah. Sekali mula terjebak dengan dadah, bagaimanakah masa depan anak-anak ini. 


Dewasa ini, manusia remaja semakin bijak mencari jalan mudah untuk memusnahkan diri sendiri, Penyalahgunaan inhalen, gam serta bahan hidu yang beracun dan berbahaya untuk merosakkan otak mula dikesan. Kesukaran melakukan tugasan mudah seperti tidak mampu mengikat tali kasut dan memakai sendiri pakaian, gagal dalam pelajaran terutama subjek mengira, seakan-akan mengelamun, percakapan kurang jelas dan keupayaan mendengar terhad adalah antara kesan negatif akibat ketagihan menghidu gam.Lebih parah lagi, ketagihan menghidu gam juga akan menghadkan pergerakan fizikal, melemahkan daya pemikiran, membantutkan kebolehan berkomunikasi, menjejaskan pembelajaran serta boleh membawa maut kepada penagihnya.

Sehubungan itu, Pengarah Klinik Cure & Care 1Malaysia Sungai Besi, Hadijah Baba, berkata ketagihan menghidu gam perlu dibendung kerana ia memberi pelbagai kesan amat buruk kepada remaja.Amalan menagih gam ini juga menyebabkan kebanyakan penagihnya terjebak dalam gejala sosial yang lebih serius antaranya menghisap dadah, melakukan seks bebas dan membuat jenayah,” katanya pada sidang media Rawatan dan Pemulihan Penagihan Ubat Sedut (Inhalen) di Klinik Cure & Care, di sini. Beliau berkata, antara punca menyebabkan gejala itu berleluasa dan berada pada tahap membimbangkan di kalangan remaja seawal usia 14 tahun di negara ini kerana ia mudah diperoleh, harga murah dan mampu memberi kesan khayal dalam tempoh kurang 15 saat disamping tiada akta khas.

Katanya, ini terbukti apabila 54 kes remaja ketagihan menghidu gam didaftarkan di pusat pemulihan itu dalam tempoh hanya empat bulan bermula Februari lalu.

Hadijah berkata, dalam usaha menangani tabiat menghidu gam, semua pihak seperti ibu bapa, sekolah, institusi pengajian tinggi (IPT), badan kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) perlu bekerjasama.



Remaja Dan Rokok
Rokok adalah silinder dari kertas berukuran panjang antara 70 hingga 120 mm (variasi bergantung kepada negara ) dengan diameter sekitar 10 mm yang berisi daun-daun tembakau yang telah dicacah. Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan dibiarkan membara agar asapnya dapat dihirup melalui mulut pada hujung yang lain.Terdapat dua jenis rokok, iaitu rokok yang bertapis dan tidak bertapis.
Rokok yang bertapis dibuat daripada bahan busa serabut sintetik yang berfungsi untuk menyaring nikotin. Rokok biasanya dijual dalam bungkusan berbentuk kotak atau kemasan kertas yang dapat dimasukkan dengan mudah ke dalam kantung. Kebelakangan ini, bungkusan-bungkusan tersebut juga umumnya disertai dengan pesanan kesihatan yang memperingatkan perokok akan bahaya kesihatan akibat merokok, misalnya kanser paru-paru atau serangan jantung.

Mengikut sejarah, manusia terawal di dunia yang merokok adalah suku bangsa India di Amerika. Mereka merokok untuk memuja dewa atau roh. Pada abad ke 16, ketika bangsa Eropah menemui benua Amerika, sebahagian dari para penjelajah Eropah terikut untuk menghisap rokok dan kemudian membawa tembakau ke Eropah. Kemudian kebiasaan merokok mulai muncul di kalangan bangsawan Eropah. Berbeza dengan bangsa India yang merokok untuk keperluan pemujaan, orang Eropah merokok hanya untuk kesenangan semata-mata. Pada abad ke-17 para pedagang Sepanyol membawa masuk rokok ke Turki dan mulai saat itu, ia terus menular ke negara-negara Islam. Di Malaysia, rokok mula dikomersialkan oleh penjajah barat semasa perang dunia ke-2. 

Tabiat merokok dikalangan remaja di Malaysia menunjukkan peningkatan. Ini jelas daripada laporan Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2000 dalam Modul Berhenti Merokok (2001), yang menunjukan 20 % perokok terdiri dikalangan remaja. Laporan tersebut turut menjelaskan bahawa dianggarkan seramai 50 sehingga 60 orang remaja di Malaysia memulakan tabiat merokok setiap hari. Manakala menurut WHO dalam Sufean (2004) menunjukan bilangan perokok di dunia diangarkan satu bilion. Statistik juga menunjukkan bahawa 49% daripada lelaki dewasa di negara ini merokok dan jumlah ini melebihi peratusan perokok di negara maju seperti di Britain 38 %, Amerika Syarikat 35 % dan Sweden 30 %. Justeru itu, keadaan ini menjelaskan kepada kita bahawa perokok yang terdiri di kalangan remaja amat membimbangkan.


Di samping itu, pelbagai kajian ini turut mendapati sumbangan tabiat merokok kepada gejala penagihan bahan. Menurut kajian Sabri (2002), didapati keseluruhan penagih dadah terdiri daripada kalangan perokok. Menurut beliau lagi, walaupun pelatih berada di dalam pusat serenti tetapi mereka tidak putus bekalan tembakau. Ini di sokong oleh kajian Samsuddin dan Herman dalam Modul Kempen Cara Hidup Sihat (2003) yang menyatakan bahawa 99% penagih dadah di pusat serenti mengamalkan tabiat merokok dan 95% penagih dadah yang telah bebas mengamalkan tabiat merokok. Pendapat ini turut disokong oleh Lee dalam Ahmad (2004), berkata kajian sumbangan tabiat merokok kepada gejala penagihan dadah mendapati 99 % penagih dadah yang ditahan di semua Pusat Serenti mempunyai pengalaman menghisap rokok ketika remaja.


Gangsterism, Buli Dan Remaja
Tidak kira di mana sahaja berada, para ibu pasti menginginkan suasana yang selamat dan terkawal untuk anak-anak mereka di sekolah yang berperanan mengangkat kualiti pendidikan. Dengan suasana komuniti berhadapan dengan gejala dadah, gengsterisme dan pemilikan pistol secara berleluasa, ia mengancam dan membebankan prinsip-prinsip yang kita dukung selama ini.. Sesiapa yang merasakan diri mereka tidak terancam dengan suasana begini, sebenarnya mereka golongan yang naif. Kenyataan yang disuarakan oleh Michael Durso, Pengetua Sekolah Tinggi Springbook dalam majalah Washingtonian bertarikh September 1997, memperlihatkan gambaran situasi mencabar yang mengganggu-gugat sistem pendidikan di Amerika Syarikat.

Apa yang disuarakan oleh beliau bukannya masalah dalaman mereka sendirian kerana Malaysia dan negara-negara lain turut berhadapan dengan gejala yang sedang tumbuh menjadi budaya. Soalnya hari ini bukan siapa hendak dipersalahkan tetapi mencari alternatif untuk menyelesaikan masalah yang membantutkan proses perkembangan minda dan tamadun manusia. Institusi-institusi pendidikan seperti sekolah telah dicabar oleh ahli-ahlinya sendiri, iaitu para pelajarnya dengan tindakan-tindakan melampau yang membawa kepada mudarat dan bahaya.

Kisah terkini yang menyambung dilema pendidikan negara dengan kematian seorang lagi pelajar Muhammad Farid Ibrahim, yang mati dibelasah sekumpulan pelajar senior di asrama Sekolah Menengah Agama Dato Klana Petra Maamor, Ampangan seolah-olah memberi satu lagi tekanan dalam menyelesaikan keadaan ini. Pelajar malang ini mengalami pendarahan otak, usus pecah dan lebam hati akibat kesan pukulan dengan objek keras merupakan hasil terbaru kesan gejala yang tidak dapat dibendung sepenuhnya. Lebih parah lagi, sekolah agama kerajaan merupakan lokasi kejadian ini berlaku.

Para pelajar sekolah dikelompokkan kepada dua, kelompok kuat dan lemah. Sebagaimana kebiasaan yang lemah tiada tempat bergantung melainkan hanya mampu mengadu apabila ditindas yang kuat. Suasana sebegini berlaku sama ada di sekolah harian mahupun berasrama. Ketika ini kita perlu sekali lagi menilai keberkesanan sistem dalam mendidik hati para pelajar selain mempertingkatkan kemampuan mental pelajar dalam dunia akademik serta persiapan kerjaya masa hadapan. Selagi rasa ego, senioriti, tuan-hamba berlegar dalam minda pelajar, selepas ini kita bakal melihat satu lagi pelajar menjadi ganti Muhammad Farid Ibrahim kepada kes yang mungkin dilupakan masyarakat sebulan dua ini.

Kebanyakan kes gangsterisme melibatkan kecederaan yang serius dan boleh mengakibatkan kematian, kerosakan harta benda awam dan sebagainya. Kes-kes mengenai gangsterisme ini peratus tertingginya adalah melibatkan golongan remaja. Di Kuala Lumpur sekumpulan remaja berusia 16-17 tahun yang tercicir daripada persekolahan telah menubuhkan kumpulan samun. Kumpulan tersebut bergerak selepas jam 12 malam hingga awal pagi dengan menggunakan motosikal dan membuat tinjauan di sesuatu kawasan perumahan dan tempat awam sebelum meragut mangsa terutama mereka yang berjalan bersendirian di tempat sunyi.

Pada 6 Ogos 2004, Utusan Malaysia melaporkan seorang kerani wanita mati dilanggar selepas bertengkar dalam nahas kecil. Dia mati dilanggar oleh sebuah kereta Proton Waja yang menggunakan nombor pendaftaran motorsikal Modenas selepas dikatakan bertengkar dengan pemandu kereta terbabit iaitu seorang lelaki berusia dalam 20-an ekoran kemalangan kecil tersebut. Kejadian ini merupakan satu contoh mudah bagaimana budaya samseng berleluasa masa kini.


Isu Remaja Lari Dari Rumah
Berita Harian, Rabu , 11 Ogos 2010, Pihak Polis mendedahkan:
2540 Remaja Perempuan lari untuk bersama teman lelaki
1857 Lari kerana pengaruh rakan sebaya
1592 Lari kerana masalah keluarga
1371 Lari kerana mahukan kebebasan.

Daripada jumlah tersebut, remaja melayu paling ramai terlibat iaitu sebanyak 10,489 kes
Bagi remaja melayu, faktor paling banyak ialah pengaruh rakan, tetapi bagi remaja Cina, disebabkan faktor masalah keluarga.

Masalah anak-anak lari dari rumah adalah berkaitan rapat dengan kepincangan dalam mengendalikan rumahtangga. Remaja mudah terpengaruh dengan rakan-rakan di luar untuk mencari keseronokan kerana apabila berada di rumah mereka sering terkongkong akibat persekitaran rumah yang sempit, adik beradik yang ramai atau dimarahi ibu bapa. Tidak kurang juga sebab mereka lari adalah kerana kemiskinan keluarga, pergaduhan ibu bapa, pengaruh filem dan lain-lain. Satu petunjuk yang mengejutkan telah menunjukkan bahawa bilangan remaja Melayu lari dari rumah adalah lebih tinggi jika dibandingkan daripada kaum-kaum yang lain.


Remaja dan Gejala Bohsia, Pelacuran, Bersekedudukan dan Kelahiran anak Luar Nikah
Perkataan bohsia berasal dari perkataan Hokkien yang bererti tanpa bunyi. Oleh kerana aktiviti maksiat itu berlaku dalam gelap dan sunyi maka ia disebut awek bohsia. Mereka ini terdiri daripada gadis-gadis belasan tahun yang berumur dalam lingkungan 13-17 tahun. Asalnya aktiviti mereka ialah menggoda remaja mat-mat motor untuk berseronok-seronok. Mereka bergaul bebas sesama mereka untuk bersuka-suka dan melakukan hubungan seks atau minum arak. Ada antara mereka yang berkongsi lebih dari seorang lelaki bagi memenuhi kepuasan yang diingini. Hasil kajian yang dilakukan pada tahun 1994-1995, mendapati 24% remaja berusia 13 tahun hingga 19 tahun pernah melakukan hubungan seks. 18% pernah melakukan hubungan seks pada peringkat umur 15 hingga 18 tahun.

Pelacuran merupakan penyakit sosial yang tertua dalam sejarah peradaban manusia. Masyarakat moden pada hari ini seolah-olah boleh menerima hakikat bahawa terlalu mustahil gejala ini dihapuskan. Ini kerana permintaan yang tinggi terhadap pelacur telah menjadi pemangkin kepada merebaknya gejala ini secara sukarela mahupun paksaan.

Keadaan ini , membawa kepada kehadiran anak luar nikah. Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibubapa yang tidak berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar adan sijil Kelahiran. Pendaftaran tersebut dibuat dibawah peruntukan pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf.

Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf. Nombor sijil lazimnya tertera dibahagian kanan dokumen , dicetak di bahagian bawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya.

Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000, sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga Julai 2008. Ini Bermakna secara purata, 2500 kes anak luar nika direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat.
Amat menyedihkan kerana menurut staristik pendaftaran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja( 1999- 2003), 30,978 dari 70430 ( 44%) adalah anak orang islam.

Pecahan mengikut negeri:
Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur= 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang.


Statistik pembuangan bayi juga menunjukkan peningkatan yang ketara dari tahun ke tahun dan bukanlah sesuatu yang boleh di banggakan bagi Malaysia sebagai sebuah negara islam. Menurut statistik pembuangan bayi antara tahun 2000 sehingga 2006 mengikut laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ialah sebanyak 580 orang bayi telah dibuang, majoritinya 92% iaitu 532 kes adalah bayi yang baru lahir sementara 8% iaitu sebanyak 48 kes adalah janin. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula terdapat peningkatan yang ketara dalam kes pembuangan bayi yang dilaporkan seperti yang ditunjukkan oleh jadual di bawah.

Manakala bagi statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tahun 2005 sehingga 2009, jumlah kes pembuangan bayi mengikut negeri adalah sebanyak 407 kes. Negeri Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 105 kes diikuti oleh Johor dengan 83 kes dan Sabah dengan 65 kes. Selain itu, Sarawak 34 kes, Pulau Pinang22 kes, Perak 19 kes, Pahang dan Kedah 17 kes, Kelantan 10 kes, Terengganu 5 kes, Melaka 3 kes, Kuala Lumpur 2 kes dan Perlis 1 kes. Manakala Negeri Sembilan tidak mempunyai catatan. Tetapi pada tahun 2010 untuk kes pembuangan bayi iaitu dari bulan Januari dan Februari mencatat sebanyak 12 kes.


Statistik anak tak sah taraf di kalangan bangsa melayu adalah yang kedua paling tinggi untuk tahun 2009 seramai 17,303 orang iaitu di belakang kaum-kaum lain. Ini juga bermakna tidak kurang 47 orang bayi berketurunan melayu dilahirkan setiap sepanjang tahun 2009. Statistik ini tidak termasuk bayi yang dilahirkan hidup, kemudian mati akibat ditinggalkan di tempat pembuangan sampah, surau, tandas dan sebagainya. Statistik ini juga tidak termasuk bayi-bayi yang digugurkan dan dirahsiakan kematiannya iaitu bayi yang dibuang dan tidak dijumpai.



Manakala mengikut kronologi kes pembuangan bayi pula ialah pada 26 Mac 2010 mayat bayi yang masih bertali pusat dibuang di jalan padang Tembak, Kampung Melayu Subang dengan sebelah tangannya bercerai dari badan dan digonggong anjing dari sekawanan anjing. 21 Mac 2010 pula seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui basah kuyup dan tersangat lemah di Ipoh. Pada 15 Mac 2010 mayat bayi lelaki ditemui di dalam plastik sampah berhampiran surau sebuah stesen minyak di Klang. 6 Mac 2010, mayat bayi perempuan ditemui dalam sebatang longkang berdekatan pasar di Kuching. Mayat bayi yang masih terlekat dengan uri dan tali pusat ditemui dibuang dan dibakar dalam sebuah tong sampah di Kelantan iaitu pada 13 Februari 2010. 

10 Februari 2010 pula mayat bayi perempuan yang dihurung semut ditemui di masjid di Melaka. 8 februari 2010, mayat bayi perempuan berbungkus plastik ditemui ditanam di belakang sebuah kilang di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Pada 26 November 2009, mayat bayi perempuan ditemui di tempat pembuangan sampah di Hulu Selangor. 4 November 2009 pula kepala bayi tanpa badan yang telah berulat dijumpai di tempat pembuangan sampah di setiu, dipercayai telah menjadi santapan binatang. Pada 18 Oktober 2009, mayat bayi perempuan ditemui di asrama kosong di Pontian, Johor. 5 Oktober 2009 pula mayat bayi cukup sifat ditemui terapung di Sungai Pinang, Georgetown.

 13 Ogos 2009, mayat bayi lelaki yang disangka bangkai kucing ditemui dalam mangkuk pengepam tandas di tandas sekolah Menengah Sains Pokok Sena. 16 Jun 2009, mayat bayi perempuan dikerumuni ulat ditemui dalam plastik sampah di sebuah surau, Kajang. 17 mei 2009, mayat bayi dalam tong sampah, Kuala Lumpur. 21 Mac 2009, seorang bayi lelaki ditemui di kawasan pembuangan sampah dekat Mersing, Johor. 15 Mac 2009, satu mayat bayi lelaki dan satu janin yang belum cukup sifat ditemui dalam dua beg plastik yang dibuang di Taman Keramat, Kuala Lumpur dan pada 8 Januari 2009, mayat bayi lelaki yang berbungkus surat khabar ditemui di Kg Raja, Cameron Highlands.



Remaja dan Homoseksual, Lesbian , LGBT
Kemelut seks abnormal makin mengancam dunia. Gejala homoseksual mempunyai sejarah tersendiri. Manusia pernah ditimpa musibah besar angkara gejala itu sebagaimana peristiwa Nabi Luth dan apa yang berlaku di bandar Pompei, Itali. Lihatlah kesan kemusnahan dan bencana alam yang ditinggalkann untuk renungan dan ingatan umat selepas itu.

Namun kini, manusia kembali leka. Hari ini, gejala tersebut begitu berleluasa. Ia bukan lagi tertumpu di negara sekular malah merebak ke negara-negara Islam. Saiz komuniti homoseksual sama ada gay mahu pun lesbian kian membesar di seluruh dunia, menjadi satu angkatan yang seakan tidak terhalang ledakannya. Walaupun tergolong sebagai manusia bermoral rendah, celaru dan gagal memahami fungsi seksual diri sendiri, makin ramai daripada pengamal homoseksual diangkat menjadi pemimpin.

Meskipun agama tidak membenarkan dan majoriti masyarakat menolak golongan itu menjadi pemimpin, namun di Barat, ramai daripada mereka sudah ke persada kuasa. Jumlah yang menjadi Datuk Bandar, Senator, Gabenor, Menteri malah Perdana Menteri, bertambah dengan agak mendadak. Itu belum menyentuh kelompok lain terutama personaliti dunia hiburan Barat, yang jauh menonjol. (Kebanyakan mereka pada mulanya menafikan terlibat, namun akhirnya membuat pengakuan sebagai gay atau lesbian.)

Perkahwinan sejenis bukan lagi sesuatu yang janggal. Perjuangan bagi menuntut hak untuk golongan tersebut, menampakkan banyak peningkatan. Di sebahagian negara Asia, memperjuangkan kepentingan golongan tersebut bukan lagi sesuatu yang tabu. Jika gejala ini tidak mampu dibendung, apa akan jadi dengan masyarakat dunia pada 10, 25 tahun dan 50 tahun lagi? Tidakkah persekitaran dunia homoseksual ini akan membawa mudarat besar buat generasi anak dan cucu kita?

Pertanyaan ini dilontarkan kerana sesungguhnya terlalu banyak persoalan yang berlegar berhubung isu ancaman homoseksual kepada umat manusia termasuk di negara ini.

Di Malaysia, ramai anak muda sudah terjebak dengan gejala itu. Kelab-kelab, spa dan rumah urut gay beroperasi secara tertutup dalam apa yang dianggap sebagai gerakan gayunderground. Terbaru terdapat pengumuman yang dengan mengaku ” saya gay, saya ok” dari seorang melayu islam di Malaysia. Tidakkah ini membimbangkan?

Internet turut menjadi senjata bagi golongan gay untuk mempromosi kegiatan dan budaya golongan tersebut menerusi laman web tertentu. Tidak pasti sejauh manakah pihak berkuasa memantau hal ini. Tetapi berdasarkan laman web itu dan banyak petunjuk lagi, boleh dirumuskan bahawa pasangan gay dan lesbian makin bebas melakukan aktiviti seks luar tabii. Sedangkan tindakan penguatkuasaan amat terhad malah cukup kompleks untuk menanganinya. Kalau dahulu lelaki dan wanita boleh ditangkap kerana bersekududukan tetapi apa tindakan pihak berkuasa agama jika sesama lelaki bersekedudukan?

Sama ada disedari atau tidak, di Malaysia, golongan tersebut semakin berpengaruh. Pengamal homoseksual yang kononnya punya merit, akan diangkat sebagai hero. Berdasarkan kajian tertentu, golongan berkenaan sanggup melakukan apa sahaja bagi mempertahankan kehidupan homoseksual termasuk sesiapa yang menjadi ikon mereka.

Kita sudah tidak larat mendengus dan menggeleng kepala apabila mendengar 1001 cerita tentang gejala tersebut di tanah air ini. Kalau dibongkar habis-habisan, pasti ia lebih menggerunkan. Mungkin sama dahsyat dengan keadaan di Uganda. Cabarannya, berapa banyak lagi yang kita tidak tahu tentang gejala tersebut. Kehidupan anak-anak kita di asrama, bagaimanakah kita rasa kita dapat mendengar ceritanya seharian. Apakah bila semuanya sudah terlambat baru kita akan bertindak ?kebanyakan kes yang berlaku melibatkan asrama penuh yang muridnya terdiri daripada anak-anak cerdik pandai yang berjaya memperoleh kesemua A dalam peperiksaan. Murid terpilih ini diasingkan dan berada dalam kumpulannya . Bagaimana kita dirumah melihat situasi ini semakin membimbangkan.



Menganalisis peranan agen moral dalam proses sosiolisasi individu.

Peranan Ibubapa/ keluarga

Sikap ibubapa serta penjaga. Kita tahu, ibubapa merupakan pembentuk dan acuan kepada anak-anak. Anak-anak yang dilahirkan ibarat kain putih yang hanya menanti untuk dicorakkan. Semenjak bayi lagi, sebagai ibubapa kita perlu mendidik dengan berhemah, menegur dengan bertegas memanjakan supaya jangan lupa, memujuk agar diri disayangi.Menurut perspektif Islam, pendidikan kanak-kanak ialah proses mendidik, mengasuh dan melatih rohani dan jasmani mereka berteraskan nilai-nilai baik yang bersumberkan Al-Quran, Hadis dan pendapat serta pengalaman para ulama. Ia bertujuan melahirkan ” Insan Rabbani” yang beriman, bertakwa dan beramal soleh.

Sememangnya, ibu bapa memainkan peranan penting dalam menyemai kesedaran tentang pentingnya kehidupan beretika.Antara caranya ialah mencurahkan kasih dan sayang kepada anak sejak mereka kecil lagi. Ibu bapa perlu mengambil berat dan mencurahkan kasih sayang terhadap anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa patut meluangkan masa bersama-sama anak-anak untuk memahami serta mengambil berat tentang kehidupan mereka khususnya pelajaran mereka, hobi serta pergaulan mereka dengan rakan-rakan. Selain itu, ibu bapa patut menjaga anak masing-masing bagai menatang minyak yang penuh. Misalnya, bercerita kepada anak-anak yang masih kecil sebelum mereka tidur serta bergembira sesama anak-anak semasa sambutan hari jadi mereka atau semasa mereka memperoleh kejayaan. Lantaran itu, anak-anak akan membesar dan menjadi manusia yang beradab sopan, ceria serta berkeyakinan diri. Mereka tidak akan melibatkan diri dengan masalah sosial kerana sedar bahawa perbuatan tersebut akan menyakiti hati ibu bapa. Sebaliknya, mereka menjadi orang yang mempunyai sahsiah yang baik, yakni, menghormati ibu bapa, bersopan santun, dan mendengar nasihat ibu bapa.

Di samping itu, ibu bapa perlu menjadi teladan yang baik kepada anak-anak. Ibu bapa patut mengamalkan amalan murni supaya dapat mempengaruhi anak untuk turut berbuat demikian. Tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa merupakan orang yang dipercayai anak-anak. Segala tindak-tanduk serta amalan ibu bapa akan dicontohi anak sejak anak masih kecil lagi. Pendek kata ibu bapalah idola anak-anak. Jadi, ibu bapa yang mengamalkan pelbagai tabiat buruk seperti merokok, berjudi, berbohong, mencuri dan mengutuk rakan sekerja patut menghentikan tabiat buruk tersebut. Hal ini demikian kerana ke mana tumpahnya kuah, jika tidak ke nasi. Anak-anak akan meniru perbuatan ibu bapa mereka. Sememangnya, ibu bapa tidak berhak mendisiplinkan anak yang merokok dan mewarnakan rambut sedangkan diri sendiri juga berbuat demikian. Anak-anak juga tidak akan mempercayai serta menghormati ibu bapa seperti yang dinyatakan di atas. 

Justeru, ibu bapa harus menjadi contoh yang baik kepada anak-anak supaya mereka dapat membesar menjadi manusia berguna dan mengamalkan nilai-nilai murni yang ditunjukkan oleh ibu bapa. Selain itu, ibu bapa patut memberikan didikan agama kepada anak-anak. Ibu bapa patut membawa anak-anak ke tempat beribadat untuk bersembahyang atau menjalankan pelbagai aktiviti bermanfaat seperti bergotong-royong. Sebagai contohnya, membawa anak-anak ke masjid untuk bersembahyang bersama-sama. Dengan itu, anak-anak sedar akan kewajiban diri mengamalkan nilai-nilai murni termasuk mentaati perintah agama. Mereka akan dapat membezakan perkara baik dan buruk serta mempunyai disiplin diri untuk melakukan perkara yang betul. Walaupun anak-anak juga sentiasa berhadapan dengan godaan dan cabaran globalisasi, mudah-mudahan mereka dapat mengawal diri dan tidak mudah terpengaruh dengan gejala negatif seperti memeras ugut, merokok, dan mencuri. Apabila anak-anak mendalami ajaran kitab berdasarkan agama masing-masing, mereka mendapat panduan hidup yang baik serta berusaha mengamalkan nilai-nilai murni kerana sedar bahawa kesudahan yang baik menanti diri mereka. Oleh sebab itu, ibu bapa perlu menerapkan didikan agama dalam hati anak-anak sejak mereka kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Tambahan pula pendidikan agama akan menjadi garis pandu kepada mereka agar membesar sebagai insan bijaksana dan beretika.

Sehubungan dengan itu, ibu bapa perlu memantau aktiviti yang dijalankan oleh anak-anak terutamanya golongan remaja. Hal ini demikian kerana anak-anak pada usia ini mudah terpedaya sehingga terpengaruh untuk terlibat dalam gejala negatif seperti penyalahgunaan dadah dan kumpulan mat rempit dan kaki lepak. Ibu bapa perlu memberikan perhatian terhadap pergaulan anak-anak. Anak-anak tidak harus bergaul rapat dengan pelajar bermasalah kerana dikhuatiri akan terpengaruh dengan sikap mereka. Sebaliknya, apabila pelajar berkawan dengan pelajar atau rakan yang beradab sopan, mereka akan menjadi orang yang bersahsiah mulia. Walau bagaimanapun, ibu bapa perlu memantau aktiviti harian serta pergaulan sosial anak-anak kerana sebagai insan yang kurang matang, kadang kala mereka mungkin tersalah langkah. Jadi, sebagai ibu bapa, kitalah yang paling wajar mendorong mereka kepada jalan kebaikan.

Kesimpulannya, ibu bapa perlu memainkan peranan dalam membesarkan anak menjadi seorang yang bermoral dan bersahsiah mulia. Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Jadikan sabda Iman Al-Ghazali sebagai iktibar , iaitu mendidik anak-anak umpama menanam biji benih. Ianya mesti dibajai, disirami dan dimanja dengan penuh kasih sayang, agar membesar dengan subur dan mengeluarkan hasil.Begitu juga dengan pendidikan anak-anak . Mereka perlu dibelai dengan penuh kasih sayang tetapi akan ditegur jika membuat kesilapan. Peribahasa melayu menjelaskan, sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan. Semoga didikan ibu bapa yang mantap akan melahirkan anak-anak yang keperibadian terpuji, bersahsiah dan dapat membantu negara untuk merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

Rakan sebaya turut memainkan peranan dalam membentuk sahsiah dan sikap individu itu. Siapa yang kita pilih, itulah gambaran diri kita. Rakan sebaya merujuk kepada remaja yang sama umur atau sama paras kematangan . Pada peringkat remaja, rakan sebaya memainkan peranan yang penting dalam kehidupan mereka. Rakan sebaya sangat memberikan pengaruh yang besar dalam perkembangan peribadi diri, sahsiah dan jatidiri mereka. Ada remaja yang bersikap baik , tetapi akan berubah sikapnya, apabila, berada dalam kumpulan yang tidak baik. Inilah yang dikatakan pengaruh negatif yang telah diserap.

Berada dalam kalangan rakan sebaya akan memperlihatkan diri untuk berusaha diterima dalam kumpulan. Inilah yang akan mencetuskan tindakan luar kawalan yang hanya bermotifkan penerimaan dan sanggup melakukan apa sahaja. Contohnya merokok untuk diterima, berpakaian tidak menutup aurat, bergaul bebas. Inilah antara agen moral yang berperanan merosakkan nilai diri individu. Bagaimana kita sebagai guru melihat betapa seriusnya peranan yang dimainkan oleh rakan sebaya. Sehubungan itu, pihak sekolah perlu memandang serius kewujudan kumpulan kecil disekolah. Ibubapa juga perlu memantau anak dan rakan mereka bagi menjaga kebajikan anak mereka. Biarlah anak mengadu masalah nya dengan kita sebagai ibu dan bapa. Bukan mencari rakan lain.

Peranan Masyarakat. Masyarakat memainkan peranan kerana kita hidup dalam ruang lingkup yang sama. Sentiasa ada jiran tetangga, saudara mara, ketua kampung, semuanya sepatutnya memberikan peranan dalam proses sosiolisasi remaja hari ini. Islam memandang masyarakat sebagai kumpulan individu yang memiliki pemikiran dan perasaan yang sama serta interaksi di antara mereka perlu diatur oleh suatu aturan yang tertentu. Masyarakat awam mesti bersikap sensitif dengan apa yang berlaku di sekeliling kita. Kita semua mesti berperanan untuk memperbaiki keadaan yang ada sekarang.Kita perlu peka, tidak kira siapa serta ikhlas menegur tanpa mengira kaum , agama dan bangsa. Sikap masyarakat prihatin ini akan membawa kepada kesejahteraan sekeliling. Jangan jadi seperti Enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.

Peranan seterusnya ialah NGO kerana NGO memainkan peranan yang sangat penting dalam menangani permasalahan ini. NGO boleh membantu remaja menghalatujukan kehidupan mereka agar lebih terarah dan terurus. Banyak NGO di Malaysia yang bergiat aktif bagi menangani permasalahan remaja melayu seperti Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), ABIM, HALUAN, JIM, Yayasan Amal dan lain-lain. Aktiviti-aktiviti dan program yang dianjurkan oleh NGO-NGO ini yang mengambil berat mengenai remaja seharusnya disokong oleh semua pihak termasuk dari pihak kerajaan sendiri. Bantuan teknikal dan kewangan yang diperlukan oleh NGO yang menangani remaja seharusnya disalurkan kepada mereka secara optima.

Peranan kelima pula ialah peranan daripada guru-guru dan pihak sekolah kerana guru-guru dan sekolah memainkan peranan yang sangat penting dalam pendidikan remaja. Fokus pendidikan tidak hanya terfokus kepada pencapaian akademik semata-mata. Aktiviti-aktiviti dan program pelajar juga mestilah menjuruskan kepada pembinaan sahsiah yang terpuji dan pembinaan generasi muda yang cemerlang yang bakal menggantikan kepimpinan negara di masa akan datang. Pelajar-pelajar yang bermasalah mestilah dikenalpasti dengan lebih awal dan disalurkan kepada program pemulihan atau penambaikan secara sistematik. Guru sebagai penunjukcara serta 'Role Model', akan menjadi saluran murid untuk mengadu dan membantu. Sekolah Penyayang harus menjadi medan ilmu yang selamat dan selesa bagi remaja sebagai penambah bekalan sebelum menjejaki alam dewasa yang bertambah mencabar. 

Peranan agen moral berikutnya ialah melalui Kementerian Pelajaran. Usaha Kementerian Pelajaran bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang merangka dan menyelaraskan Garis Panduan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan (GPPKRSK) dengan peruntukan berjuta- juta bagi menangani masalah terbabit adalah sangat dihargai. Namun usaha ini tidak membuahkan sebarang hasil yang positif sekiranya tidak dilaksanakan secara serius atau secara sambil lewa sahaja. Pengenalan Pendidikan Seks kepada murid awal persekolahan dilihat sebagai cadangan yang baik . Namun begitu, tanpa penglibatan aktif ibubapa objektif nya akan sukar dicapai. . Penglibatan para ibu bapa dalam memahami isu ini dan sokongan terhadapnya pasti akan membantu keberkesanannya. Kementerian juga berperanan dengan peranan yang lebih luas yang tidak hanya memfokuskan pelajar dan guru dengan kejayaan dalam bidang akademik sahaja bahkan juga cemerlang di dalam pembentukan sahsiah kepimpinan remaja.


Peranan agen moral seterusnya ialah melalui media. Media memainkan peranan yang sangat penting terhadap apa yang telah dan sedang berlaku pada ketika ini. Hiburan antara medium utama kepada remaja untuk membesar. Media hari ini dilihat begitu sekular menayangkan aksi ganas, berunsurkan seksual, umpanya mengagungkan budaya ' asal boleh' dari barat. Remaja begitu mudah terpengaruh dengan budaya barat dan apa yang ditunjukkan oleh para artis samada dari dalam atau luar negara. Sudah semestinya perlu ada pengawalan media terhadap semua filem luar mahupun tempatan agar tidak bersifat keterlaluan dalam usaha untuk menghiburkan masyarakat umum. Majalah dan penerbitan lucah mesti dihentikan seberapa segera oleh pihak berwajib agar tidak terus menyuburkan budaya yang negatif ini.begitu juga dengan lagu barat yang langsung tidak sesuai dengan norma dan budaya masyarakat di Malaysia. Sebelum nasi menjadi bubur, langkah-langkah proaktif kepada pihak media mestilah disegerakan.


Membincangkan elemen-elemen yang mencabar penghayatan dan amali nilai-nilai murni dalam sekolah.

Impak globalisasi – teknologi maklumat dunia tanpa sempadan.

Memang tidak dinafikan bahawa peranan media massa termasuklah internet banyak memberikan perkembangan dan maklumat kepada masyarakat terutamanya berkaitan dengan hal ehwal semasa, berita dalam negeri hinggalah kepada berita-berita luar negara. Namun, media massa pada hari ini telah disalahgunakan hingga menyebabkan peranan utamanya sebagai agen pengubah tidak berlaku dengan berkesan sehingga banyak perkara-perkara negatif berlaku. Internet sememangnya telah mengubah pemikiran setiap golongan manusia di seluruh dunia. Termasuk yang sedang diubah adalah pemikiran para remaja. Golongan remaja yang menggunakan internet sudah tentu tidak terlepas daripada pengaruhnya.

Apa yang menyebabkan internet begitu berpengaruh berbanding dengan media yang lain adalah sifatnya yang dapat menembusi sempadan negara. Ia sukar disekat, ditapis dan dihalang tidak seperti media massa lain. Maka dengan itu, bahan-bahan lucah seperti pornografi dengan begitu mudah memasuki negara yang selama ini dapat menghalang kemasukannya. Kandungan filem atau lagu dari artis luar negara yang berunsur ganas, lucah dan bertentangan dengan moral turut berleluasa dan meninggalkan kesan negatif kepada para remaja dan seterusnya boleh membawa kepada masalah keruntuhan akhlak. Remaja juga mudah terpengaruh dengan budaya hidup artis barat menerusi paparan dalam blog, berita hiburan dan sebagainya. Begitu juga dengan bahan-bahan subversif termasuklah tulisan yang bersifat menentang agama. Ini sangat berbahaya kepada masyarakat. Setakat ini tidak ada negara yang dapat menghalang kemasukan bahan-bahan ini termasuk Malaysia. Selama ini kerajaan dapat membendung kemasukan bahan-bahan yang bersifat subversif tetapi melalui internet, kebebasan bersuara hampir mencapai tahap mutlak.


Pengaruh Media Massa.
Remaja sukakan hiburan. Namun begitu, kadangkala hiburan yang ditayangkan dimedia massa hari ini, tidak mencerminkan ke arah pembentukan nilai murni. Banyak pihak terlupa bahawa dengan adanya media massa yang serba canggih dan berteknologi sebenarnya merupakan salah satu faktor yang boleh mempengaruhi budaya, nilai, sikap dan kelakuan sesebuah masyarakat.

Mereka semakin terdedah kepada dunia yang menjadi makin kecil, terpengaruh kepada media massa melalui paparan adegan vandelisme di dalam majalah, televisyen dan internet. Rancangan Tv hari ini, sudah maju ke depan. Cerita luar, filem barat yang bercumbuan dikatakan romantik, berperang dan berbunuhan dijadikan bahan lawak, cerita korea, Thailand, semuanya boleh disaksikan pada bila-bila masa.Setelah masyarakat negara ini banyak terdedah kepada media massa yang menayangkan program tidak sopan, generasi baru negara telah bersedia melalui kehidupan baru yang bergaya dan berteraskan hawa nafsu. Mereka telah bersedia untuk hidup di kelilingi muzik liar, konsert rock dan gaya hidup artis. Mereka telah bersedia meniru artis bersubang satu dalam Akademi Fantasia. Mereka bergelut menguji bakat dalam Malaysia Idol dan lain-lain. Mereka rela berpelukan dengan artis Korea yang diagungkan. Berdasarkan kenyataan ini, apakah ibubapa dirumah boleh memantau keadaan ini 24 jam sehari. Ibubapa perlu memantau kegiatan anak dirumah, disekolah, dan dimana sahaja. Jangan terlalu mempercayai anak kita 100%.

Limpahan Kemewahan hidup.
Ibubapa pada hari ini, dilihat begitu memanjakan anak-anak dengan kebendaan yang melampau. Anak-anak akan dibelikan apa sahaja yang diingininya. Bayangkan, saya pernah melihat sebuah keluarga dengan 5 orang anak dan masing-masing telah dibelikan sebuah telefon pintar dengan internet. Mereka menghadiri kenduri saudara terdekat. 4 anak bersekolah rendah dan seorang bayi yang diletakkan sepenuhnya dalam jagaan orang gaji dari Indonesia. Sepanjang kenduri, semua ahli keluarga begitu sibuk dengan telefon pintar masing-masing, tanpa ,memperdulikan saudara mara yang hadir disekeliling. Saya membayangkan , bagaimana situasi dirumah mereka. Dengan internet sebegitu, alangkah bebasnya mereka. Harapan saya agar mereka menggunakan kemudahan dan kemewahan yang diberikan untuk kebaikan . Bukan sebaliknya.

Sebagai ibubapa, kita perlu bersikap menapis dan berfikir jangka panjang sebelum memanjakan anak. Fikirkan dengan betul, berikan anak-anak ruang dan pengalaman yang sesuai sebagai bekalan mereka untuk hari depan. Sesekali kita perlu melihat kesukaran dan kesusahan dalam kehidupan sebagai agenda pendidikan secara tidak langsung kepada anak-anak. Bersusah-susah dahulu, bersenang kemudian... sejarah tidak akan bermakna tanpa penghayatan yang betul. Perbanyakkan latihan fizikal yang menyumbang kepada badan yang sihat, fikiran yang cergas dan cerdas. Bermain , bergaul sesama rakan, berkomunikasi,bergelak ketawa sesama rakan. Itu semua adalah suatu pembelajaran yang paling berkesan dalam mendidikan.

Elemen Sikap yang tidak bertanggungjawab.
Dr. Gustave Le Bon menyatakan sebab-sebab kerosakan suatu bangsa apabila berlakunya dekadensi atau kerosakan moral yang berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab membudaya pada bangsa itu (Muqdad Yaljan, 1986). Aspek tidak bertanggungjawab ini boleh dipecahkan kepada 2 iaitu, tanggungjawab terhadap diri dan orang lain dan tanggungjawab terhadap harta benda.
Sikap yang tidak bertanggungjawab terhadap orang lain seringkali dikaitkan dengan sikap mementingkan diri sendiri. Sebagai contoh, seorang guru mengabaikan sesi pengajarannya semata-mata kerana mahu minum di kedai yang terletak di luar sekolah. Guru ini telah meninggalkan tanggungjawabnya mendidik anak bangsa dengan ilmu pengetahuan yang amat dinanti-nantikan oleh murid-muridnya.

Sikap yang tidak bertanggungjawab terhadap harta benda pula berkait rapat dengan merosakkan harta benda awam dan harta benda di sekolah. Gejala-gejala seperti menconteng kerusi dan meja, membuang sampah merata-rata, merosakkan telefon awam dan merosakkan apa sahaja yang berada di depan mata mereka sudah menjadi lumrah dalam masalah-masalah moral remaja sekolah.

Kesan sikap tidak bertanggungjawab ini terhadap penghayatan nilai murni dan amalan nilai moral adalah daripada segi individu itu sendiri. Individu yang tidak bertanggungjawab akan terus terjerumus ke dalam kancah masalah sosial jika tidak dibentuk dengan betul. Sikap tidak bertanggungjawab ini akan menghancurkan diri individu itu sendiri tanpa ada sebarang tolak ansur. Orang yang boleh mengubah situasi ini adalah individu itu sendiri namun sejauh mana keinginan individu itu untuk berubah ? jelaslah sudah bahawa sikap tidak bertanggungjawab hanya akan membawa keburukan kepada individu.

Elemen pembangunan negara dari sudut sosio-ekonomi.
Tidak dinafikan pembangunan adalah sesuatu yang amat penting bagi mewujudkan masyarakat dan negara yang maju. Malaysia selepas mencapai kemerdekaan telah menumpukan perhatian untuk membangunkan ekonominya bagi mewujudkan pembangunan sosial, keseimbangan antara kaum dan meningkatkan pendapatan rakyat. Kesan dari pembangunan yang pesat telah menyebabkan berlakunya proses urbanisasi, industrilisasi dan penghijrahan masyarakat dari luar bandar ke bandar.

Kesan positif dari pembangunan ini memang tidak dinafikan, tetapi kesan negatifnya tetap ada, antaranya berlaku peningkatan gejala sosial di dalam masyarakat. Krisis moral ini berlaku apabila sesetengah pihak hanya melihat pembangunan itu dari perspektif kebendaan semata-mata atau bertujuan untuk memaksimakan keuntungan. Mereka yang didorong dengan motif mencari keuntungan tidak langsung peka kepada soal pembentukan akhlak masyarakat.. Apa tidaknya, peniaga yang dahagakan keuntungan yang berlipat kali ganda telah mengadaikan prinsip moral menjual VCD lucah dan membuka kelab-kelab hiburan yang menghidangkan arak secara berleluasa, wanita GRO dan tempat pengedaran pil ekstasi. Akibatnya, ia menjadi pusat keruntuhan akhlak. Ia telah meruntuhkan usaha-usaha pihak lain termasuk kerajaan untuk membina masyarakat yang berakhlak mulia.

Untuk menyelesaikan masalah di atas, kita harus kembali kepada konsep pembangunan Islam yang holistik, iaitu meliputi aspek-aspek moral, spiritual dan material. Pembangunan harus berorientasikan kepada peningkatan martabat manusia sampai ke tingkat yang setinggi-tingginya dalam semua dimensi. Aspek-aspek moral dan material, ekonomi dan sosial serta spiritual dan fizikal tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain. Yang menjadi fokus utama dalam pembangunan adalah manusianya bukan hanya dinilai dari sudut peningkatan kadar pertumbuhan ekonomi sebagai indikator pembangunan (Khurshid Ahmad, 1982). Melalui pendekatan pembangunan Islam yang holistik, berorientasikan nilai dan pelbagai dimensi itu diharapkan ia mampu membentuk akhlak masyarakat yang bukan sahaja maju dari sudut materialnya tetapi turut maju dalam aspek akhlaknya.

Kemajuan yang hanya menekankan satu dimensi adalah kemajuan yang tempang, yang akhirnya akan merosakkan kemajuan kebendaan. Penumpuan yang keterlaluan kepada aspek kebendaan hanya menjadikan manusia sebagai binatang ekonomi seperti mana yang wujud dalam kapitalisme. Ekonomisme merupakan dasar falsafah kapitalis Barat yang membawa manusia menyembah kebendaan.

Keruntuhan Institusi Kekeluargaan
Institusi kekeluargaan yang roboh adalah antara elemen yang memberi cabaran utama penghayatan dan amalan nilai-nilai murni. Institusi kekeluargaan yang telah runtuh akan mendatangkan masalah yang besar kepada amalan nilai-nilai murni remaja kerana tidak ada orang yang akan memberitahu dan mengajar mereka apa yang baik dan apa yang buruk.

Umum mengetahui peranan pembentukan akhlak masyarakat tidak hanya terletak kepada institusi formal semata-mata tanpa diiringi dan dibantu oleh institusi keluarga. Institusi keluarga yang diterajui oleh bapa dan ibu wajib memainkan peranan yang utama dalam membentuk akhlak anak-anaknya, kerana masyarakat sebenarnya adalah jelmaan dari set-set keluarga. Keruntuhan akhlak masyarakat Barat umpamanya berpunca dari runtuhnya institusi keluarga mereka yang telah gagal melahirkan manusia yang beradab. Hakikat ini dinyatakan oleh Ferdinand Lundberg apabila beliau membuat kesimpulan bahawa institusi keluarga sekarang mendekati titik kemusnahan yang menyeluruh (Tofler, 1970).

Kalau di Barat institusi keluarga mereka sudah tidak dapat diharapkan lagi untuk melahirkan manusia yang berakhlak, bagaimana pula realiti institusi keluarga di negara ini?. Satu kesimpulan yang umum dapat dibuat ialah institusi keluarga di negara ini sedang bergerak mengikut trend di Barat. Keadaan ini disebabkan pelbagai faktor, antaranya kesan dari pembangunan kebendaan dan pengaruh globalisasi yang melahirkan manusia yang tidak mengambil berat soal-soal agama dan bersifat kebendaan. Akibatnya, terdapat ibu bapa yang tidak menghiraukan sangat soal pendidikan agama dan akhlak kepada anak-anak mereka. Mereka beranggapan faktor utama kebahagiaan itu terletak kepada kemewahan hidup.

Justeru itu, mereka lebih banyak menghabiskan masa di tempat kerja dan mempunyai sedikit masa dengan anak-anak. Anak-anak yang terabai ini kemudiannya mencari keseronokan di luar rumah, lebih mendampingi rakan sebaya mereka lantas dipengaruhi oleh persekitarannya yang dominan dan akhirnya terjebak dalam krisis moral. Kadar penceraian yang semakin meningkat, bertambahnya kes-kes penderaan terhadap isteri, kes khalwat yang meningkat, anak lari dari rumah, penyalahgunaan dadah yang saban tahun terus meningkat. Kesemua gejala tersebut adalah di antara indikator-indikator berlakunya keruntuhan dalam institusi keluarga di negara ini. Rumah tangga sudah tidak lagi menjadi tempat aman bagi keluarga untuk menikmati kebahagiaan dan kedamaian hidup. Rumah tangga tidak lagi menjadi ‘syurga’ tetapi ‘neraka’ yang akhirnya melahirkan gejala sosial yang telah disebutkan.

Keharmonian rumah tangga terletak di atas tanggungjawab kaum lelaki, tetapi malangnya kaum lelaki yang sepatutnya berperanan sebagai ketua rumah tangga sedang mengalami krisis kredibiliti, ramai yang dirosakkan oleh najis dadah, suka berfoya-foya, kaki pukul dan dilanda dengan krisis moral yang lain. Apakah lelaki begini mampu mengetuai sebuah rumah tangga yang berperanan sebagai bapa dan suami bagi mendidik anak dan isterinya menjadi seorang yang berakhlak? Bagi melahirkan generasi yang berakhlak, peranan institusi keluarga amat penting ke arah mencapai matlamat tersebut. Institusi keluarga perlu diperkasa semula melalui pelbagai strategi sama ada dilakukan oleh pihak kerajaan atau pertubuhan-pertubuhan agama dan sosial.

Pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga perlu diberi latihan secukupnya bagi mendedahkan mereka kepada tanggungjawab suami isteri serta ilmu dalam mengurus rumah tangga. Di Malaysia banyak pusat latihan telah ditubuhkan, tetapi tidak ada satu pun pusat latihan yang khusus ditubuhkan untuk memberi latihan bagi memperkasa pengurusan rumah tangga sama ada untuk mereka yang hendak mendirikan rumah tangga atau sudah berumahtangga. Latihan ini amat penting dilakukan bagi menyediakan suasana rumah tangga yang mampu membentuk keperibadian manusia unggul.

Golongan wanita juga perlu membuat muhasabah peranan mereka yang utama pada hari ini sama ada untuk berpartisipasi secara aktif dalam kegiatan luar rumah dengan mengabaikan tanggungjawab asasi mereka sebagai ibu dan isteri atau mengutamakan kedua-duanya atau menumpukan sepenuh perhatian terhadap rumahtangga bagi mendidik anak-anak menjadi manusia yang berguna. Apa pun zamannya, golongan wanita tidak boleh melupakan hakikat bahawa mereka adalah mahaguru pertama kepada anak-anaknya. Tanggungjawab mereka yang asasi adalah membentuk generasi yang berakhlak dan berilmu pengetahuan.

Kesimpulan
Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja pada hari ini akan memberikan kesan dan impak yang begitu besar dalam masyarakat. Remaja merupakan aset utama negara pada masa akan datang, memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan negara. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku seandainya remaja pada hari ini tidak tahu bagaimana untuk membentuk dan memuliakan akhlak mereka. Akhlak merupakan cerminan peribadi bagi diri seseorang individu.

Kiranya individu itu mempunyai akhlak yang buruk, maka secara automatiknya peribadi individu itu juga akan menjadi buruk. Remaja yang mempunyai akhlak yang buruk boleh memberi kesan kepada diri sendiri, keluarga,masyarakat, dan negara.Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting: ibu bapa mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Dengan kata lain, walau apapun langkah yang diambil oleh mana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu bapa, nescaya gejala ini sukar diatasi.
Sebagai guru yang turut sama terlibat secara langsung dengan anak-anak kita, kita perlu terus berusaha mendidik dan membentuk sikap, akhlak dan moral murid kita. Jangan bosan dan jemu kerana Allah akan sentiasa Mengetahui usaha kita. Berdoalah semoga anak-anak murid kita terhindar dari perlakuan dan sikap yang tidak elok. Semoga Allah memakbulkan doa kita , InsyaAllah.............

Semua orang sayangkan anak dan dek kerana sayang itulah kita perlu memilih mana yang sesuai untuk anak kita dan mana yang tidak sesuai. Hiduplah dengan panduan Al- Quran dan Sunnah. Pasti kita akan berjaya.


RUJUKAN

Azman Md Noor. (2005, Julai 16). 200 Murid Sekolah Rendah Berisiko Dadah. Utusan Malaysia

Azman Md Noor. Utusan Malaysia Azmi Md Deros. (2002, Disember 20). Dadah: 5 juta pelajar terdedah bahaya. Utusan Malaysia.

Crow, L.D. and Crow, A.(1983).Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan.Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Mohd Dahlan A. Malek dan Ida Shafinaz Mohamed Kamil,( 2011) JENAYAH DAN MASALAH SOSIAL DI KALANGAN REMAJA: CABARAN DAN REALITI DUNIA SIBER Sekolah Psikologi & Kerja Sosial Universiti Malaysia Sabah, MA Sekolah Perniagaan & Ekonomi Universiti Malaysia Sabah.

Nor Fatiah Binti Yunus, (2001/2002), Gejala Sosial Di Kalangan Masyarakat Islam di Kawasan Setinggan: Kajian Di Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur. Penulisan Ilmiah Program Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Mohd Reduan Aslie,(1990) Jenayah Di Malaysia: Aliran, Punca Dan Penyelesaian . AMK Interaksi Sdn Bhd. Kuala Lumpur.

Wan Azmi Ali, (1986 ), Selangkah Ke Kubur, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd,
Petaling Jaya
Berita Harian , ( 2011) Ketagih Hidu Gam Boleh Maut
Merokok menurut perspektif Islam .
Cara Mengatasi Gangsterisme 
Remaja Lari Rumah . 
Statistik Pembuangan Bayi .
pembuangan-bayi-dan-langkah.html












2 comments:

  1. terima kasih atas maklumat yg teliti ini(?). serius bantu utk subject isu2 kontemporari :)
    Nice work *thumbs up

    ReplyDelete
  2. Satu penulisan yang baik untuk dijadikan bahan pembelajaran..Terima kasih banyak-banyak...

    ReplyDelete